Casio YM-80 User guide

CN/JA/EN/DE/FR/ES/IT/SV/RU/PT/TR/NL/PL/FI/CS/NO/LT/TH/ID/MS/VI/TW/KO/AR Wall Mount Bracket YM-80 日本語 取扱説明書 Suomi Käyttäjän opas English User’s Guide Deutsch Bedienungsanleitung Français Mode d’emploi Español Guía del usuario Italiano Guida dell’utilizzatore Svenska Instruktionshäfte Português Guia do Usuário Nederlands Gebruiksaanwijzing Norsk Bruksanvisning Pendakap Lekapan Dinding YM-80 Panduan Pengguna z Pastikan anda menyimpan semua dokumentasi pengguna dengan selamat untuk rujukan pada masa hadapan. z Bagi mendapatkan versi terkini manual ini, kunjungi laman web di URL di bawah. http://world.casio.com/manual/projector/ Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan ............ MS-2 Memasang Penutup .............................. MS-18 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ... MS-3 Pemeriksaan Berkala............................ MS-19 Mengeluarkan .......................................... MS-5 Hubungi.................................................. MS-19 Memasang Pendakap Lekapan Dinding ..................................................... MS-6 Spesifikasi Produk ................................ MS-19 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut............................ MS-13 Produk ini membekalkan pendakap lekapan dinding untuk Projektor Data CASIO. z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan keuntungan yang berpunca daripada sebarang kemalangan atau kerosakan yang berpunca daripada pemasangan yang tidak sempurna, pemasangan yang tidak betul, atau pengendalian produk ini yang tidak betul. z Ilustrasi yang ditunjukkan dalam manual ini ialah untuk demonstrasi sahaja dan kandungannya mungkin berbeza daripada rupa sebenar produk ini. z Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. MS-1 Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan. Maksud bagi setiap simbol diterangkan di bawah. *Bahaya *Amaran *Awas Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah, akan mewujudkan risiko kematian atau kecederaan diri yang serius. Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kematian atau kecederaan diri yang serius. Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kecederaan diri atau kerosakan bahan. Contoh Ikon ’ ! $ Segi tiga menunjukkan situasi di mana anda perlu berhati-hati. Contoh yang ditunjukkan di sini menunjukkan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan renjatan elektrik. Bulatan dengan satu garisan merentasinya menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan adalah dilarang. Bulatan hitam menunjukkan maklumat tentang tindakan yang mesti anda lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini menunjukkan anda mesti mencabut kord kuasa dari salur keluar kuasa. * Amaran - Sistem Projektor ini dijual dengan anggapan bahawa pemasangan akan dilakukan oleh pakar yang mempunyai tahap pengalaman dan pengetahuan teknologi yang memadai. Produk ini mesti dipasang oleh pakar yang terlatih. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. + Pemasangan yang tidak betul mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga di bawah. • Pastikan pemasangan itu cukup kuat dan pastikan semuanya dipasang dengan betul. • Pastikan semua skru diketatkan sepenuhnya dan dengan kemas. + Produk ini dan projektor yang disokongnya mempunyai berat kira-kira 11 kilogram. Semasa memasang, pastikan tindakan yang diterangkan di bawah diambil. • Kira muatan yang dibenarkan bagi semua pengukuh dan bolt yang digunakan untuk pemasangan. • Elak daripada mengenakan tenaga yang tidak wajar kepada projektor semasa memasangnya. + MS-2 Pastikan projektor dibumikan semasa penggunaan. Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian * Amaran z z z z z z z z z z Langkah Berjaga-Jaga Lokasi Pemasangan z Produk ini tidak mempunyai pelarasan sudut putaran. Setelah melaraskan dongakan dan sudut, jangan sekali-kali putar projektor semasa skru diketatkan. Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua pelarasan dongakan dan sudut kepada pakar yang berkelayakan. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. Setelah Sistem Projektor dipasang, jangan sekali-kali longgarkan mana-mana bolt, skru, atau nat. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. Jika anda dapati mana-mana bahagian atau komponen telah jatuh dari pendakap/projektor, periksa pemasangan dengan serta merta. Jangan sekali-kali biarkan apa-apa benda tergantung dari pendakap. Berbuat demikian mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua kerja penyelenggaraan kepada pakar yang berkelayakan. Untuk maklumat tentang penyelenggaraan projektor, sila lihat panduan pengguna projektor. Jangan letak objek berat di atas projektor atau pendakap lekapan dinding, dan jangan benarkan sesiapa memanjat ke atasnya. Pastikan pemasangan tidak menyebabkan bolong masuk dan ekzos projektor terhadang. Secara berkala, periksa projektor untuk memastikan bolong masuk dan ekzosnya tidak tersumbat oleh habuk yang terkumpul. Jika terdapat pengumpulan habuk, bersihkan bolong sebelum menggunakan projektor. Apabila memasang dan melaraskan pendakap lekapan dinding, berhati-hati supaya tangan anda tidak tersepit di antara komponen-komponen logam. Jangan sekali-kali gunakan sebarang jenis skru kecuali jenis yang dinyatakan. Penggunaan skru yang tidak dinyatakan mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Jangan sekali-kali cuba mengubah suai pendakap lekapan dinding dalam apa jua cara. (Kekuatan pendakap yang diubah suai tidak boleh dijamin.) z Jangan sekali-kali memasang produk ini di mana-mana jenis lokasi di bawah. • Kawasan yang terdedah kepada suhu tinggi atau rendah • Di luar bangunan • Kawasan yang terdedah kepada gegaran kuat • Kawasan penyediaan makanan dan lokasi lain di mana terdapat kemungkinan bersentuhan dengan asap minyak, dan kawasan di mana terdapat banyak asap tembakau. • Kawasan yang terdedah kepada kelembapan tinggi • Bilik mandi dan kawasan lain di mana projektor boleh menjadi basah • Di atas permukaan yang tidak stabil atau senget • Di kawasan berdekatan dengan pintu masuk lokasi jualan (Di mana terdapat risiko pendedahan kepada hujan.) z Apabila memasang projektor, jauhkan dari pencahayaan pendarflour, pendingin hawa, dan peralatan elektrik yang lain. Sesetengah pencahayaan pendarfluor boleh mengganggu operasi sistem kawalan jauh projektor. z Pastikan kekunci kuasa projektor terletak pada kedudukan di mana ia boleh digunakan untuk mematikan projektor untuk memulihkannya daripada ralat operasi projektor, untuk melindungi sistem litar dalaman, dan untuk menjimatkan tenaga. z Untuk memastikan imej tayangan yang bebas hingar, penggunaan kabel yang panjangnya tidak lebih daripada 10 meter adalah disarankan apabila menyambungkan komputer atau peranti lain. Selain itu, jauhkan kabel penyambung dari kord AC. z Untuk mengelak daripada mengotorkan lensa dan sumber cahaya dalaman, pasangkan projektor di lokasi di mana kebarangkaliannya terdedah kepada habuk dan kelembapan adalah rendah. z Apabila cahaya langsung masuk ke dalam bilik, imej tayangan lebih mudah dilihat dengan menarik langsir untuk menutup tingkap. z Cahaya dan haba yang dipancarkan dari projektor boleh menyebabkan kepudaran warna persekitaran. z Elakkan daripada melekapkan projektor pada ketinggian yang membolehkannya disentuh oleh orang. Jika pemasangan pada kedudukan rendah tidak dapat dielakkan, pastikan ia dipasang dengan cara yang boleh menghindarkan kecederaan kepala atau kecederaan lain. z Pastikan sisi tayangan projektor berada sekurang-kurangnya 6 sm dari permukaan tayangan (dinding), dan semua sisi lain berada sekurang-kurangnya 30 sm dari permukaan sekeliling. Seharusnya tidak terdapat objek lain dalam jarak yang dinyatakan di atas dari projektor. MS-3 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian Konkrit - z Apabila melakukan lekapan pada dinding konkrit, gunakan komponen sesuai (nat, bolt M10, dsb) untuk menyokong berat projektor dan pendakap, dan untuk mencegah goyangan secara lateral. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian yang berpunca daripada pendakap dan/atau projektor jatuh disebabkan oleh penggunaan komponen pemasangan yang kekuatannya tidak memadai. Plaster dan Bahan Lain yang sama z Apabila mengukuhkan pendakap pada dinding yang diperbuat daripada plaster atau bahan lain yang tahap kekuatannya rendah, pacu bolt pengukuh ke dalam konkrit di bawah lapisan dinding. z Pasang menggunakan bolt pengukuh di sekurang-kurangnya lapan lokasi. Saranan untuk Pemasangan Dinding Untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk pemasangan dinding, pendakap lekapan dinding Projektor Data CASIO dibekalkan bersama dengan wayar untuk mengelak daripada jatuh. Apabila memasang projektor, pastikan wayar disambungkan ke projektor dan pendakap. MS-4 Mengeluarkan Semasa anda mengeluarkan produk dari kotak, periksa untuk memastikan semua item yang disenaraikan di bawah ada. Plat pengukuh dinding dan pendakap Plat pengukuh projektor Penutup plat pengukuh dinding yang lebih tinggi/lebih rendah Lembaran penentuan kedudukan Penutup lengan z M4 × 10 Skru dengan sesendal kunci berkembar – 4 (Untuk pemasangan projektor) z M5 × 10 Skru dengan sesendal kunci berkembar – 3 (Dua untuk memasang plat pengukuh projektor ke pendakap lekapan dinding utama, satu untuk memasang wayar keselamatan.) z Wayar keselamatan z Panduan Pengguna Item yang perlu anda sediakan z Bolt pengukuh (M10 - sekurang-kurangnya 8) z Peralatan – Pemutar skru, sepana (untuk pelarasan) + z Pendakap lekapan dinding dipenuhi dengan skru yang diletakkan untuk sementara. Pastikan skru diketatkan secukupnya sebelum pemasangan selesai. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. MS-5 Memasang Pendakap Lekapan Dinding Langkah Berjaga-Jaga Semasa Pemasangan z Pastikan prosedur dalam manual ini diikuti untuk memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan betul. Pastikan skru, komponen logam, dan semua komponen lain dipasang dengan kemas. z Periksa untuk memastikan dinding di mana pendakap akan dipasang boleh menampung berat pendakap, dan aturkan perancangan pemasangan dan kerja pemasangan. z Sebelum memulakan kerja pemasangan, pastikan projektor dimatikan dan kord kuasa tidak terpasang. z Berhati-hati agar tidak menjatuhkan projektor. z Berhati-hati apabila mengendalikan komponen kecil. Komponen kecil boleh ditelan oleh kanak-kanak atau binatang peliharaan. Jika ini berlaku, hubungi doktor serta merta. z Skru yang tidak diketatkan dengan betul boleh menyebabkan kasus merekah dan projektor jatuh, dan mengakibatkan risiko kemalangan dan kecederaan peribadi. Jangan guna sebarang pelekat pengunci benang, pelincir, minyak, atau agen lain seumpamanya pada skru yang mengukuhkan projektor ke dinding. z Selepas pemasangan dan pelarasan selesai, periksa semua skru untuk memastikan ia diketatkan dengan sempurna. Berhati-hati supaya skru tidak longgar dan juga elakkan daripada terlalu ketat. z Setelah pemasangan selesai, simpan manual ini dan item lain yang dibekalkan bersama pendakap di tempat yang selamat. 1. Keluarkan plat pengukuh dinding dari unit pendakap. Keluarkan empat skru berkenaan dan kemudian keluarkan plat pengukuh dinding. Plat pengukuh Skru dengan sesendal spring (M5 × 10) Bolt bahu × 3 (Bolt dengan penjarak) MS-6 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 2. Pasang plat pengukuh dinding. 1. Merujuk kepada “Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding” (halaman MS-8), tentukan kedudukan pemasangan. 2. Merujuk kepada “Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding” (halaman MS-9), gerudi lubang pada dinding. 3. Gunakan bolt pengukuh untuk memasang plat pengukuh dinding. MS-7 Memasang Pendakap Lekapan Dinding Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding 413 308 206 Unit : mm L H1 84 333 Bahagian tengah plat pengukuh dinding 52.5 Saiz Skrin Bahagian tengah skrin tayangan Ketebalan Skrin [Seting Skrin] Nisbah Bidang : Penuh (1280 × 800) Saiz Skrin (inci) L (mm) H1 (mm) H2 (mm) 50 60 200 325 60 128 227 352 80 267 281 406 100 404 335 460 110 469 360 485 z Nilai jarak di atas hanya untuk rujukan semasa pemasangan. MS-8 H2 141 28.6 140 105 70 35 0 20 140 35 180 220 11 40 199 25 Memasang Pendakap Lekapan Dinding Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding 1. Jajarkan tanda-tanda pada bahagian tepi atas skrin tayangan yang dicetak pada helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tepi atas skrin tayangan. 2. Jajarkan helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tengah skrin tayangan. z Pastikan bahagian tengah plat pengukuh dinding 52.5 mm ke kanan dari tengah skrin tayangan. 3. Gerudi lubang pada dinding mengikut imej pada helaian penentuan kedudukan. 2. 3. 1. MS-9 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Lekatkan unit pendakap pada plat pengukuh dinding. 1. Keluarkan skru dan kemudian keluarkan pendakap panduan kabel. 2. Hulurkan kabel melalui pendakap utama. 3. Kembalikan pendakap panduan kabel ke kedudukan asalnya dan kemaskan dengan skru. Hulurkan kabel melalui lengan. Skru Kemaskan kabel dengan pendakap panduan kabel. z Halakan kabel seperti yang ditunjukkan di atas, dan berhati-hati agar tidak merosakkannya. z Jangan cuba paksa kabel melalui lengan. 4. Lekatkan semula unit pendakap pada kedudukan asalnya pada plat pengukuh dinding dan ketatkan keempat-empat skru untuk melekatkannya dengan kemas. Ketatkan ketiga-tiga bolt bahu dengan kemas dan ketatkan sedikit skru dengan sesendal spring. z Pendakap akan dapat bergerak ke atas dan ke bawah walaupun setelah bolt bahu diketatkan. z Gunakan skru dengan sesendal spring pada lokasi seperti ditunjukkan dalam ilustrasi. Anda akan menggunakan skru ini apabila melaraskan ketinggian kemudian, jadi ketatkannya kurang sedikit pada masa ini. Sisipkan skru pelarasan menegak plat pengukuh dinding pada lubang pendakap. Skru dengan sesendal spring (M5 × 10) Luncurkan alur di bawah kepala skru pelarasan menegak ke dalam keratan pendakap berbentuk U. Bolt bahu × 3 (Bolt dengan penjarak) MS-10 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 4. Pasang projektor. 1. Gunakan keempat-empat skru M4 × 10 (dibekalkan) untuk melekatkan plat pengukuh projektor pada unit projektor. 2. Lungsurkan projektor pada unit pendakap supaya ia tercangkuk pada bolt bahu. 3. Sisipkan kedua-dua skru pengikat M5 × 10 (dibekalkan) dan ketatkan. Slaid Skru pengikat Skru pengikat (sebelah ini) Bolt bahu (sebelah satu lagi) Pandangan dari hadapan MS-11 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 5. Pasangkan wayar keselamatan. 1. Cangkukkan wayar pada cangkuk projektor seperti ditunjukkan dalam ilustrasi. 2. Gunakan skru sesendal kunci berkembar M5 × 10 untuk memasang wayar dengan kemas pada pendakap utama. Skru 6. Sambungkan kabel. 1. Merujuk kepada dokumentasi pengguna projektor, sambungkan kabel yang anda halakan dalam langkah 3-1 prosedur di atas. MS-12 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut + z Sokong projektor dengan kemas dari bawah apabila melaraskan dongakan dan/atau sudut. Setelah pelarasan selesai, ketatkan semula semua skru. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Langkah Berjaga-jaga semasa Melaraskan Skrin Tayangan z Tayang ke skrin jenis papan atau permukaan rata dan leper lain yang sesuai. Menayang ke skrin jenis gulung atau permukaan tidak rata lain tidak disyorkan kerana ia akan menyebabkan herotan pada imej yang ditayangkan. Penggunaan skrin bersudut pandangan lebar (jenis kusam) disyorkan. Skrin jenis manik tidak sesuai kerana pencerahan skrinnya yang tinggi. z Mula-mula, laraskan fokus. Seterusnya, laraskan kedudukan dan sudut skrin. Melaraskan fokus akan mengubah saiz imej yang ditayangkan. z Kedudukan dan/atau fokus imej tayangan mungkin berubah sedikit apabila operasi menjadi stabil sepanjang 30 minit pertama selepas projektor dihidupkan, atau selepas terdapat perubahan pada suhu sekitar, kelembapan, atau keadaan persekitaran lain. Jika ini berlaku, fokuskan semula. z Bagi membolehkan sebarang perubahan yang mungkin perlu dilakukan selepas projektor disediakan, konfigurasikan persediaan awal supaya imej tayangan kecil sedikit daripada saiz skrin yang sedang digunakan. z Beberapa ketika selepas pemasangan, getaran perkakasan lekapan dinding dan/atau cermin atau komponen projektor lain boleh menyebabkan kedudukan projektor beranjak. Bagi membenarkan ini, dan sebarang perubahan disebabkan oleh permukaan tayangan yang tidak rata, sediakan projektor dengan margin di sekeliling imej tayangan seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah. Saiz skrin (A) (inci) Margin atas dan bawah (B) (D) (mm) Margin kiri dan kanan (C) (E) (mm) 60 20 25 80 25 30 100 30 35 MS-13 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut Lakukan pelarasan supaya imej tayangan berada pada kedudukan yang sesuai pada skrin. z Prosedur dalam bahagian ini diterangkan dengan anggapan bahawa anda bermula daripada seting lalai kilang asal projektor. Ambil perhatian bahawa pelarasan yang diperlukan adalah berlainan jika anda telah mengubah pembetulan pepasak projektor atau tetapan lain. z Untuk maklumat tentang operasi projektor, sila lihat panduan pengguna projektor. 1. Hidupkan projektor dan tayangkan skrin biru. 2. Laraskan fokus. 3. Laraskan enam lokasi yang ditunjukkan di bawah. 1 Pelarasan saiz kawasan tayangan 2 Pelarasan kedudukan menegak kawasan tayangan 3 Pelarasan sudut menegak produk 4 Pelarasan sudut melintang produk 5 Pelarasan kedudukan melintang kawasan tayangan 6 Pelarasan sudut putaran kawasan tayangan Lengan Plat pengukuh dinding MS-14 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 1 Pelarasan saiz kawasan tayangan Julat pelarasan: 50 hingga 110 inci Longgarkan skru pelarasan, laraskan saiz imej tayangan, dan kemudian ketatkan semula skru pelarasan. Melaraskan skru: Jika skrin yang anda gunakan lebih besar daripada 60 inci, longgarkan skru ini dan tarik keluar bahagian lengan teleskop yang besar selain daripada lengan kecil. Melaraskan skru: Jika skrin yang anda gunakan antara 50 dan 60 inci, longgarkan skru ini dan tarik keluar bahagian lengan teleskop kecil sahaja. 2 Pelarasan kedudukan menegak kawasan tayangan Julat pelarasan: ±40mm Jika skru dengan sesendal spring (skru pengikat) telah diketatkan, longgarkan. Selepas pelarasan 1 hingga 6 selesai, ketatkan skru pengikat dengan kemas. Skru dengan sesendal spring (skru pengikat) Skru pelarasan MS-15 B Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 3 Pelarasan sudut menegak produk Julat pelarasan: ±3° Setelah melonggarkan skru pengikat dan melakukan pelarasan dengan tombol pelarasan, ketatkan skru pengikat dengan kemas. skru pengikat Tombol pelarasan Kedudukan tengah: Lubang kiri dan kanan sama kelihatan 4 Pelarasan sudut melintang produk Julat pelarasan: ±5° Setelah melonggarkan skru pengikat dan melakukan pelarasan dengan tombol pelarasan, ketatkan skru pengikat dengan kemas. skru pengikat Tombol pelarasan Kedudukan tengah: Lubang kiri dan kanan sama kelihatan MS-16 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 5 Pelarasan kedudukan melintang kawasan tayangan Julat pelarasan: ±30mm Setelah melonggarkan skru pengikat dan melakukan pelarasan dengan tombol pelarasan, ketatkan skru pengikat dengan kemas. Skru pengikat Melaraskan tombol Kedudukan tengah: Lubang kecil di bawah slot skru pengikat menunjukkan kedudukan tengah. 6 Pelarasan sudut putaran kawasan tayangan Julat pelarasan: ±5° 1. Longgarkan skru pelarasan. 2. Gunakan tombol pelarasan untuk melaraskan sudut putaran. 3. Ketatkan skru pelarasan sehingga kepalanya bersentuh dengan pendakap dalaman. Skru pelarasan Tombol pelarasan Kedudukan tengah: Apabila penunjuk dijajarkan dengan lubang kecil. MS-17 Memasang Penutup z Selepas pelarasan 1 hingga 6 selesai, ketatkan skru dengan sesendal spring (skru pengikat) dengan kemas. Skru dengan sesendal spring (skru pengikat) Memasang Penutup Pasangkan penutup plat pengukuh dinding yang atas dan bawah dan penutup lengan. Penutup plat pengukuh dinding atas Penutup lengan Penutup plat pengukuh dinding bawah Memasang Penutup Plat Pengukuh Dinding Bawah 1. Jajarkan keempat-empat cangkuk pada bahagian belakang penutup dengan keempat-empat lubang pendakap. 2. Sambil menekan penutup dengan kedua-dua belah tangan pada lokasi cangkuk, lungsurkan penutup ke bawah. Lubang MS-18 Pemeriksaan Berkala Lakukan pemeriksaan yang diterangkan di bawah sekali setahun. 1. Periksa untuk memastikan bahawa tiada satu pun skru pendakap lekapan dinding yang longgar. 2. Periksa untuk memastikan bahawa pendakap lekapan dinding, penutup, projektor, dan item lain tidak tercalar, rosak, dsb. Hubungi Apabila anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, hubungi penjual CASIO anda. Spesifikasi Produk Anggaran Dimensi: 200 (L) × 410 (D) × 270 (T) mm (kedalaman minimum, tidak termasuk penutup) Anggaran Berat: 5 kg (tidak termasuk projektor) MS-19 Printed in Japan Imprimé au Japon MA1407-B
* Your assessment is very important for improving the work of artificial intelligence, which forms the content of this project
Related manuals
Download PDF
advertisement