Casio YM-81 User guide

CN/JA/EN/DE/FR/ES/IT/SV/RU/PT/TR/NL/PL/FI/CS/NO/LT/TH/ID/MS/VI/TW/KO/AR Wall Mount Bracket YM-81 日本語 取扱説明書 English User’s Guide Deutsch Bedienungsanleitung Français Mode d’emploi Español Nederlands Italiano Svenska Português Suomi Norsk http://world.casio.com/manual/projector/ 版次 : 2017年 10月 Pendakap Lekapan Dinding YM-81 Panduan Pengguna z Pastikan anda menyimpan semua dokumentasi pengguna dengan selamat untuk rujukan pada masa hadapan. z Bagi mendapatkan versi terkini manual ini, kunjungi laman web di URL di bawah. http://world.casio.com/manual/projector/ Kandungan Langkah-Langkah Keselamatan ............ MS-2 Memasang Penutup .............................. MS-25 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian ... MS-3 Pemeriksaan Berkala............................ MS-27 Mengeluarkan .......................................... MS-5 Hubungi.................................................. MS-27 Memasang Pendakap Lekapan Dinding ..................................................... MS-7 Spesifikasi Produk ................................ MS-27 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut ............................................... MS-18 Produk ini membekalkan pendakap lekapan dinding untuk Projektor Data CASIO. z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kehilangan keuntungan yang berpunca daripada sebarang kemalangan atau kerosakan yang berpunca daripada pemasangan yang tidak sempurna, pemasangan yang tidak betul, atau pengendalian produk ini yang tidak betul. z Ilustrasi yang ditunjukkan dalam manual ini ialah untuk demonstrasi sahaja dan kandungannya mungkin berbeza daripada rupa sebenar produk ini. z Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. MS-1 Langkah-Langkah Keselamatan Terima kasih kerana memilih produk CASIO ini. Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” ini sebelum menggunakannya. Setelah membaca Panduan Pengguna ini, simpan di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. Keterangan tentang simbol keselamatan Pelbagai simbol digunakan di dalam Panduan Pengguna ini dan pada produk itu sendiri untuk memastikan penggunaan selamat, dan untuk melindungi anda dan orang lain daripada risiko kecederaan dan kerosakan bahan. Maksud bagi setiap simbol diterangkan di bawah. *Bahaya *Amaran *Awas Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah, akan mewujudkan risiko kematian atau kecederaan diri yang serius. Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kematian atau kecederaan diri yang serius. Simbol ini menunjukkan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan cara yang salah, berkemungkinan boleh menimbulkan risiko kecederaan diri atau kerosakan bahan. Contoh Ikon ’ ! $ Segi tiga menunjukkan situasi di mana anda perlu berhati-hati. Contoh yang ditunjukkan di sini menunjukkan anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan renjatan elektrik. Bulatan dengan satu garisan merentasinya menunjukkan maklumat tentang sesuatu tindakan yang anda tidak harus lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini bermakna nyahpemasangan adalah dilarang. Bulatan hitam menunjukkan maklumat tentang tindakan yang mesti anda lakukan. Tindakan spesifik ini ditunjukkan oleh rajah di dalam bulatan itu. Contoh yang ditunjukkan di sini menunjukkan anda mesti mencabut kord kuasa dari salur keluar kuasa. * Amaran - Sistem Projektor ini dijual dengan anggapan bahawa pemasangan akan dilakukan oleh pakar yang mempunyai tahap pengalaman dan pengetahuan teknologi yang memadai. Produk ini mesti dipasang oleh pakar yang terlatih. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. + Pemasangan yang tidak betul mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga di bawah. • Pastikan pemasangan itu cukup kuat dan pastikan semuanya dipasang dengan betul. • Pastikan semua skru diketatkan sepenuhnya dan dengan kemas. + Produk ini dan projektor yang disokongnya mempunyai berat kira-kira 13 kilogram. Semasa memasang, pastikan tindakan yang diterangkan di bawah diambil. • Kira muatan yang dibenarkan bagi semua pengukuh dan bolt yang digunakan untuk pemasangan. • Elak daripada mengenakan tenaga yang tidak wajar kepada projektor semasa memasangnya. + MS-2 Pastikan projektor dibumikan semasa penggunaan. Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian * Amaran z z z z z z z z z z z Produk ini tidak mempunyai pelarasan sudut putaran. Setelah melaraskan dongakan dan sudut, jangan sekali-kali putar projektor semasa skru diketatkan. Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua pelarasan dongakan dan sudut kepada pakar yang berkelayakan. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. Setelah Sistem Projektor dipasang, jangan sekali-kali longgarkan mana-mana bolt, skru, atau nat. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. Jika anda dapati mana-mana bahagian atau komponen telah jatuh dari pendakap/projektor, periksa pemasangan dengan serta merta. Jangan sekali-kali biarkan apa-apa benda tergantung dari pendakap. Berbuat demikian mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Setelah pemasangan selesai, tinggalkan semua kerja penyelenggaraan kepada pakar yang berkelayakan. Untuk maklumat tentang penyelenggaraan projektor, sila lihat panduan pengguna projektor. Jangan letak objek berat di atas projektor atau pendakap lekapan dinding, dan jangan benarkan sesiapa memanjat ke atasnya. Pastikan pemasangan tidak menyebabkan bolong masuk dan ekzos projektor terhadang. Secara berkala, periksa projektor untuk memastikan bolong masuk dan ekzosnya tidak tersumbat oleh habuk yang terkumpul. Jika terdapat pengumpulan habuk, bersihkan bolong sebelum menggunakan projektor. Apabila memasang dan melaraskan pendakap lekapan dinding, berhati-hati supaya tangan anda tidak tersepit di antara komponen-komponen logam. Jangan sekali-kali gunakan sebarang jenis skru kecuali jenis yang dinyatakan. Penggunaan skru yang tidak dinyatakan mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. Jangan sekali-kali cuba mengubah suai pendakap lekapan dinding dalam apa jua cara. (Kekuatan pendakap yang diubah suai tidak boleh dijamin.) Langkah Berjaga-Jaga Lokasi Pemasangan z Jangan sekali-kali memasang produk ini di mana-mana jenis lokasi di bawah. • Kawasan yang terdedah kepada suhu tinggi atau rendah • Di luar bangunan • Kawasan yang terdedah kepada gegaran kuat • Kawasan penyediaan makanan dan lokasi lain di mana terdapat kemungkinan bersentuhan dengan asap minyak, dan kawasan di mana terdapat banyak asap tembakau. • Kawasan yang terdedah kepada kelembapan tinggi • Bilik mandi dan kawasan lain di mana projektor boleh menjadi basah • Di atas permukaan yang tidak stabil atau senget • Di kawasan berdekatan dengan pintu masuk lokasi jualan (Di mana terdapat risiko pendedahan kepada hujan.) z Apabila memasang projektor, jauhkan dari pencahayaan pendarflour, pendingin hawa, dan peralatan elektrik yang lain. Sesetengah pencahayaan pendarfluor boleh mengganggu operasi sistem kawalan jauh projektor. z Pastikan kekunci kuasa projektor terletak pada kedudukan di mana ia boleh digunakan untuk mematikan projektor untuk memulihkannya daripada ralat operasi projektor, untuk melindungi sistem litar dalaman, dan untuk menjimatkan tenaga. z Untuk memastikan imej tayangan yang bebas hingar, penggunaan kabel yang panjangnya tidak lebih daripada 10 meter adalah disarankan apabila menyambungkan komputer atau peranti lain. Selain itu, jauhkan kabel penyambung dari kord AC. z Untuk mengelak daripada mengotorkan lensa dan sumber cahaya dalaman, pasangkan projektor di lokasi di mana kebarangkaliannya terdedah kepada habuk dan kelembapan adalah rendah. z Apabila cahaya langsung masuk ke dalam bilik, imej tayangan lebih mudah dilihat dengan menarik langsir untuk menutup tingkap. z Cahaya dan haba yang dipancarkan dari projektor boleh menyebabkan kepudaran warna persekitaran. z Elakkan daripada melekapkan projektor pada ketinggian yang membolehkannya disentuh oleh orang. Jika pemasangan pada kedudukan rendah tidak dapat dielakkan, pastikan ia dipasang dengan cara yang boleh menghindarkan kecederaan kepala atau kecederaan lain. MS-3 Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian z Pastikan sisi tayangan projektor berada sekurang-kurangnya 6 sm dari permukaan tayangan (dinding), dan semua sisi lain berada sekurang-kurangnya 30 sm dari permukaan sekeliling. Seharusnya tidak terdapat objek lain dalam jarak yang dinyatakan di atas dari projektor. Konkrit - z Apabila melakukan lekapan pada dinding konkrit, gunakan komponen sesuai (nat, bolt M10, dsb) untuk menyokong berat projektor dan pendakap, dan untuk mencegah goyangan secara lateral. Pelarasan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh. z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian yang berpunca daripada pendakap dan/atau projektor jatuh disebabkan oleh penggunaan komponen pemasangan yang kekuatannya tidak memadai. Plaster dan Bahan Lain yang sama z Apabila mengukuhkan pendakap pada dinding yang diperbuat daripada plaster atau bahan lain yang tahap kekuatannya rendah, pacu bolt pengukuh ke dalam konkrit di bawah lapisan dinding. z Pasang menggunakan bolt pengukuh di sekurang-kurangnya lapan lokasi. Saranan untuk Pemasangan Dinding Untuk memastikan tahap keselamatan yang tinggi untuk pemasangan dinding, pendakap lekapan dinding Projektor Data CASIO dibekalkan bersama dengan wayar untuk mengelak daripada jatuh. Apabila memasang projektor, pastikan wayar disambungkan ke projektor dan pendakap. MS-4 Mengeluarkan z Semasa anda mengeluarkan produk dari kotak, periksa untuk memastikan semua item yang disenaraikan di bawah ada. z Nilai dalam tanda kurung (< >) menandakan kuantiti. Unit Arm <1> Penutup plat pengukuh dinding tengah <1> Skru penyelarasan menegak M10×152mm arm <1> Plat pengukuh dinding tengah <1> Penutup plat pengukuh dinding kiri <1> Penutup skru arm <2> Plat pengukuh dinding kanan dan kiri <2> Penutup plat pengukuh dinding kanan <1> Skru kepala bulat M5×8mm <3> Unit penyelaras <1> Wayar keselamatan <1> Sepana heks <1> Pendakap (dengan plat pengukuh Skru kepala heks M4×8mm <22> projektor) <1> MS-5 Skru M4×20mm <1> Mengeluarkan z Lampiran kedudukan <1> z Panduan Pengguna (Manual Ini) <1> Pelindung Arm <1> Skru arm M10×194mm <2> Item yang perlu anda sediakan z Bolt pengukuh (M10 - sekurang-kurangnya 8) z Pemutar skru MS-6 Memasang Pendakap Lekapan Dinding Langkah Berjaga-Jaga Semasa Pemasangan z Pastikan prosedur dalam manual ini diikuti untuk memastikan kerja pemasangan dilakukan dengan betul. Pastikan skru, komponen logam, dan semua komponen lain dipasang dengan kemas. z Periksa untuk memastikan dinding di mana pendakap akan dipasang boleh menampung berat pendakap, dan aturkan perancangan pemasangan dan kerja pemasangan. z Sebelum memulakan kerja pemasangan, pastikan projektor dimatikan dan kord kuasa tidak terpasang. z Berhati-hati agar tidak menjatuhkan projektor. z Berhati-hati apabila mengendalikan komponen kecil. Komponen kecil boleh ditelan oleh kanak-kanak atau binatang peliharaan. Jika ini berlaku, hubungi doktor serta merta. z Skru yang tidak diketatkan dengan betul boleh menyebabkan kasus merekah dan projektor jatuh, dan mengakibatkan risiko kemalangan dan kecederaan peribadi. Jangan guna sebarang pelekat pengunci benang, pelincir, minyak, atau agen lain seumpamanya pada skru yang mengukuhkan projektor ke dinding. z Selepas pemasangan dan pelarasan selesai, periksa semua skru untuk memastikan ia diketatkan dengan sempurna. Berhati-hati supaya skru tidak longgar dan juga elakkan daripada terlalu ketat. z Setelah pemasangan selesai, simpan manual ini dan item lain yang dibekalkan bersama pendakap di tempat yang selamat. 1. Susun plat pengukuh dinding dan lekatkan pada dinding. 1. Lekatkan plat pengukuh dinding kiri dan kanan kepada plat pengukuh dinding tengah menggunakan lapan skru kepala heks M4×8mm. Plat pengukuh dinding kiri Skru kepala heks M4×8mm Plat pengukuh dinding tengah Plat pengukuh dinding kanan Skru kepala heks M4×8mm 2. Merujuk kepada “Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding” (halaman MS-9), menentukan kedudukan pemasangan. 3. Merujuk kepada “Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding” (halaman MS-10), gerudi lubang pada dinding. MS-7 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 4. Gunakan bolt pengukuh untuk melekatkan plat pada projektor. z Lekatkan plat pengukuh dengan selamat kepada dinding menggunakan sekurang-kurangnya lapan bolt pengukuh: sekurang-kurangnya empat untuk plat pengukuh dinding tengah dan sekurang-kurangnya dua untuk setiap plat pengukuh dinding kiri dan kanan. Penting! z Dengan projektor dipasang, produk ini beratnya lebih kurang 13 kilogram. Apabila melekatkan produk ini kepada dinding, pertimbangkan dengan teliti akan kekuatan tarikan dan kekuatan pemasangan. Jika kekuatan yang lebih tinggi diperlukan, tingkatkan bilangan bolt pengukuh digunakan untuk lekapan. Bolt pengukuh (sekurang-kurangnya 8) MS-8 Memasang Pendakap Lekapan Dinding Saiz Skrin dan Rajah Dimensi Lekapan Plat Pengukuh Dinding Unit: mm Siling 502.8 (233) 161.2 H 69 43.8 141 126.1 205 205 76.4 MAX.722.1 - MIN.501.1 200 333 L Bahagian tengah plat pengukuh dinding Bahagian tengah skrin tayangan 62.7 Saiz Skrin 413 Ketebalan Skrin WXGA Saiz Skrin (inci) L (mm) XGA H (mm) L (mm) H (mm) 50 - - 121 253 60 128 240 202 288 70 197 267 285 323 80 267 294 366 358 90 336 322 444 393 100 404 348 - - 110 469 374 - - z Nilai jarak di atas hanya untuk rujukan semasa pemasangan. MS-9 Memasang Pendakap Lekapan Dinding Menentukan Kedudukan Lubang Pemasangan Plat Pengukuh Dinding 1. Jajarkan tanda-tanda pada bahagian tepi atas skrin tayangan yang dicetak pada helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tepi atas skrin tayangan. z Skala pada salah satu sisi helaian penentuan kedudukan menunjukkan unit millimeter. 2. Jajarkan helaian penentuan kedudukan dengan bahagian tengah skrin tayangan. z Pastikan bahagian tengah plat pengukuh dinding 62.7 mm ke kanan dari tengah skrin tayangan. 3. Gerudi lubang pada dinding mengikut imej pada helaian penentuan kedudukan. B MS-10 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 2. Pasangkan unit penyelaras kepada unit arm. 1. Alihkan pendakap daripada unit penyelaras. z Unit penyelaras dipek dengan pendakap yang dilekatkan. Alihkan pendakap seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Unit penyelaras Pendakap (dengan plat pengukuh projektor) 2. Longgarkan skru kepala heks unit arm seperti ditunjukkan dalam rajah dan tarik keluar arm bahagian dalam. Seterusnya, sesuaikan unit penyelaras seperti yang ditunjukkan dalam rajah dan masukkan dalam arm bahagian dalam. Unit arm Unit penyelaras Arm luaran Skru kepala heks Arm bahagian dalam MS-11 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Ketatkan unit penyelaras dengan arm bahagian dalam menggunakan empat skru kepala heks M4×8mm. Penting! z Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, anda perlu menentukan lokasi pemasangan unit penyelaras pada arm bahagian dalam mengikut resolusi projektor (WXGA atau XGA) dan saiz tayangan yang diingini. Skru kepala heks M4×8mm Skru kepala heks M4×8mm Arm bahagian dalam Arm bahagian dalam Unit penyelaras Unit penyelaras WXGA: Saiz tayangan sebesar 80 inci atau lebih besar XGA: Saiz tayangan sebesar 70 inci atau lebih besar WXGA: Saiz tayangan sebesar 70 inci atau lebih kecil XGA: Saiz tayangan sebesar 60 inci atau lebih kecil MS-12 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Pasang unit arm pada plat pengukuh dinding. 1. Masukkan skru pelarasan menegak arm M10×152mm dalam lubang unit arm. z Sejajarkan tanda merah skru pelarasan seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Unit arm Skru pelarasan menegak arm Tanda merah Alur 2. Sangkutkan unit arm secara sementara dengan dua skru di plat pengukuh dinding bahagian tengah. Anda tidak perlu mengetatkan skru. Plat pengukuh dinding tengah Skru lekapan sementara Unit arm Arm bahagian dalam Slot U Skru kepala heks Luncurkan alur hujung kepala heks bagi skru pelarasan menegak arm ke dalam slot U pada plat pengukuh dinding bahagian tengah. Penting! z Sila ambil perhatian bahawa jika skru kepala heks unit arm longgar, arm bahagian dalam juga akan bergerak dengan mudah. MS-13 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 3. Masukkan dua skru arm M10×194mm ke dalam lubang di plat pengukuh dinding bahagian tengah dan kemudian ketatkan skru dengan sepana heks yang disediakan. 4. Ketatkan dua pelindung skru arm dengan skru kepala heks M4×8mm. Skru arm Penutup skru arm Skru kepala heks M4×8mm 5. Alihkan skru lekapan sementara yang anda gunakan untuk menggantung arm dalam langkah 2 prosedur ini dan kemudian pasangkan skru pada tempat yang betul pada sisi plat pengukuh dinding tengah. Skru lekapan sementara MS-14 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 4. Pasang projektor. 1. Lekatkan plat pengukuh kepada projektor menggunakan empat skru kepala heks M4×8mm. Skru kepala heks M4×8mm Plat pengukuh projektor Pendakap Projektor 2. Luncurkan pendakap dalam unit penyelaras dan ketatkannya menggunakan skru yang dinyatakan dalam rajah. Penting! z Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menggunakan tiga skru kepala bulat M5×8mm dan satu skru kepala heks M4×8mm untuk mengetatkan pendakap. Sila pastikan anda memasang skru di lokasi yang betul. Skru kepala bulat M5×8mm Pendakap Unit penyelaras Skru kepala heks M4×8mm MS-15 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 5. Pasangkan wayar keselamatan. 1. Lalukan wayar keselamatan melalui arm bahagian luar bagi unit arm seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Gunakan skru kepala heks M4×8mm untuk mengetatkan wayar keselamatan kepada plat pengukuh projektor. Pendakap Plat pengukuh projektor Skru kepala heks M4×8mm Pastikan tab pada penghujung wayar keselamatan diletakkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah sebelum mengetatkan wayar dengan skru. MS-16 Memasang Pendakap Lekapan Dinding 6. Sambungkan kabel ke projektor. 1. Lalukan kabel untuk disambung kepada projektor melalui lubang arm seperti yang ditunjukkan dalam rajah. z Jika anda mahu melalukan kabel di bahagian atas arm dan bukan di bahagian bawah, pasang penutup plat pengukuh dinding kiri dan kanan (halaman MS-26) dan kemudian lalukan kabel melalui bukaan di bahagian atas penutup. 2. Rujuk kepada Panduan Pengguna projektor bagi maklumat tentang cara menyambungkan kuasa dengan kabel peralatan luaran. MS-17 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut Penting! + z Sokong projektor dengan kemas dari bawah apabila melaraskan dongakan dan/atau sudut. Setelah pelarasan selesai, ketatkan semula semua skru. Pemasangan oleh orang yang bukan pakar mengakibatkan risiko pendakap dan projektor terjatuh dan masalah lain. z Melainkan jika diarahkan sebaliknya secara spesifik, pelarasan perlu dilakukan dengan projektor pada keadaan awal keluaran kilang. Pelarasan akan dipengaruhi jika anda telah mengubah pembetulan pepasak projektor atau tetapan lain. z Untuk maklumat tentang operasi projektor, sila lihat Panduan Pengguna projektor. Langkah Berjaga-jaga semasa Melaraskan Skrin Tayangan z Tayang ke skrin jenis papan atau permukaan rata dan leper lain yang sesuai. Menayang ke skrin jenis gulung atau permukaan tidak rata lain tidak disyorkan kerana ia akan menyebabkan herotan pada imej yang ditayangkan. Penggunaan skrin bersudut pandangan lebar (jenis kusam) disyorkan. Skrin jenis manik tidak sesuai kerana pencerahan skrinnya yang tinggi. z Mula-mula, laraskan fokus. Seterusnya, laraskan kedudukan dan sudut skrin. Melaraskan fokus akan mengubah saiz imej yang ditayangkan. z Kedudukan dan/atau fokus imej tayangan mungkin berubah sedikit apabila operasi menjadi stabil sepanjang 30 minit pertama selepas projektor dihidupkan, atau selepas terdapat perubahan pada suhu sekitar, kelembapan, atau keadaan persekitaran lain. Jika ini berlaku, fokuskan semula. z Bagi membolehkan sebarang perubahan yang mungkin perlu dilakukan selepas projektor disediakan, konfigurasikan persediaan awal supaya imej tayangan kecil sedikit daripada saiz skrin yang sedang digunakan. z Beberapa ketika selepas pemasangan, getaran perkakasan lekapan dinding dan/atau cermin atau komponen projektor lain boleh menyebabkan kedudukan projektor beranjak. Bagi membenarkan ini, dan sebarang perubahan disebabkan oleh permukaan tayangan yang tidak rata, sediakan projektor dengan margin di sekeliling imej tayangan seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah. Saiz skrin (A) (inci) Margin atas dan bawah (B) (D) (mm) Margin kiri dan kanan (C) (E) (mm) 60 20 25 80 25 30 100 30 35 MS-18 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 1. Mulakan pelarasan. 1. Hidupkan projektor. z Jika projektor berada dalam penyediaan awal keluaran kilang, ia akan menayangkan skrin biru (apabila tiada isyarat input). Tayangan corak ujian disyorkan, jika boleh. Untuk maklumat lanjut, rujuk Panduan Pengguna projektor. Penting! z Jauhkan tangan anda daripada kawasan sekitar bolong ekzos projektor semasa projektor dihidupkan. Lokasi bolong ekzos bergantung pada model projektor. Untuk maklumat tentang operasi projektor anda, sila lihat Panduan Pengguna projektor. 2. Untuk memulakan pelarasan, longgarkan empat skru yang ditunjukkan dalam rajah. z Gunakan sepana heks yang disertakan untuk melonggarkan Skru (4). (1) (2) (3) (4) MS-19 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 2. Laraskan imej tayangan. Semasa mengawasi imej tayangan, buat pelarasan seperti yang disenaraikan di bawah. 1 Saiz imej tayangan 2 Kedudukan menegak imej tayangan 3 Kedudukan melintang imej tayangan 4 Kecondongan melintang imej tayangan 5 Herotan menegak imej tayangan 6 Herotan melintang imej tayangan Lengan Plat pengukuh dinding MS-20 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 1 Pelarasan saiz imej tayangan Julat pelarasan: WXGA: 60 hingga 110 inci XGA: 50 hingga 90 inci 1. Luncurkan arm ke hadapan atau ke belakang untuk melaraskan saiz imej tayangan. z Semasa memeriksa skala berkenaan pada sisi unit arm, luncurkan arm ke hadapan atau ke belakang. WXGA: Saiz tayangan sebesar 80 inci atau lebih besar XGA: Saiz tayangan sebesar 70 inci atau lebih besar Skala Saiz Imej Bahagian Atas: WXGA (merah) Bahagian Bawah: XGA (hijau) WXGA: Saiz tayangan sebesar 70 inci atau lebih kecil XGA: Saiz tayangan sebesar 60 inci atau lebih kecil Skala Saiz Imej Bahagian Atas: WXGA (hitam) Bahagian Bawah: XGA (hitam) Skru kepala heks Skru kepala heks 2. Laraskan fokus. z Melaraskan fokus boleh menyebabkan saiz imej tayangan berubah. Laraskan saiz dan fokus seperti yang diperlukan. MS-21 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 2 Pelarasan kedudukan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±35 mm Gunakan sepana heks yang disertakan untuk memusingkan skru pelarasan menegak arm. z Apabila dilihat daripada bahagian bawah plat pengukuh dinding tengah, skur diputar mengikut arah jam menurunkan kedudukan arm manakala putaran lawan arah jam menaikkan arm. Plat pengukuh dinding tengah Skru pelarasan menegak arm 3 Pelarasan kedudukan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±50 mm Luncurkan projektor ke kiri atau ke kanan seperti yang diperlukan. MS-22 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 4 Pelarasan kecondongan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±5° Putarkan tombol pelarasan merah. 5 Pelarasan herotan menegak imej tayangan Julat pelarasan: ±5° Putarkan tombol pelarasan biru. 6 Pelarasan herotan melintang imej tayangan Julat pelarasan: ±5° Putarkan tombol pelarasan hijau. MS-23 Melaraskan Kedudukan, Dongakan, dan Sudut 3. Lengkapkan prosedur pelarasan. Ketatkan lima skru dengan selamat seperti yang ditunjukkan di bawah. z Gunakan sepana heks yang disertakan untuk mengetatkan Skru (4). (1) (2) (3) (4) (5) MS-24 Memasang Penutup 1. Lekatkan penutup arm pada hujung unit arm. z Tekan penutup arm sehingga tab pada sisi belah kiri dan kanan bersentuhan dengan lubang pada mana-mana sisi arm bahagian dalam. Arm bahagian dalam Penutup arm 2. Lekatkan penutup kabel kepada projektor. z Bagi maklumat tentang melekatkan penutup kabel kepada projektor, rujuk kepada Panduan Pengguna projektor. 3. Ketatkan penutup plat pengukuh dinding tengah kepada bahagian bawah arm dengan dua skru kepala heks M4×8mm. Unit arm Skru kepala heks M4×8mm Penutup plat pengukuh dinding tengah MS-25 Memasang Penutup 4. Lekatkan penutup plat pengukuh dinding kiri dan kanan. z Seperti yang ditunjukkan dalam rajah, lekatkan penutup di bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian penutup di bahagian kiri. Penutup plat pengukuh dinding kiri Penutup plat pengukuh dinding kanan 5. Pasangkan skru M4×20mm dalam lubang skru pada bahagian bawah penutup plat pengukuh dinding kiri dan kanan dan ketatkannya agar penutup tersemat kemas. Skru M4×20mm MS-26 Pemeriksaan Berkala Lakukan pemeriksaan yang diterangkan di bawah sekali setahun. 1. Periksa untuk memastikan bahawa tiada satu pun skru pendakap lekapan dinding yang longgar. 2. Periksa untuk memastikan bahawa pendakap lekapan dinding, penutup, projektor, dan item lain tidak tercalar, rosak, dsb. Hubungi Apabila anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, hubungi penjual CASIO anda. Spesifikasi Produk Anggaran Dimensi: 500 (W) × 470 (D) × 190 (H) mm (kedalaman minimum, kecuali tombol pelarasan dan penutup) Anggaran Berat: 6.4 kg (tidak termasuk projektor) MS-27 MA1710-B
* Your assessment is very important for improving the work of artificial intelligence, which forms the content of this project
Related manuals
Download PDF
advertisement