Casio XJ-UT331X, XJ-UT311WN, XJ-UT351W, XJ-UT351WN User manual

MS PROJEKTOR DATA Panduan Fungsi Rangkaian z Pastikan anda membaca “Langkah-Langkah Keselamatan” dan “Langkah Berjaga-Jaga Pengendalian” dalam dokumen “Panduan Pengguna”, dan pastikan anda menggunakan produk ini dengan betul. z Simpan manual ini di tempat selamat untuk rujukan pada masa hadapan. z Lawati laman di bawah untuk versi terkini manual ini. http://world.casio.com/manual/projector/ Skop Kandungan Manual ini Prosedur dalam manual ini dipersembahkan berdasarkan komputer Windows yang menjalankan Network Connection. Sekiranya anda menggunakan jenis peranti yang berlainan, lihat dokumentasi pengguna perisian yang boleh didapati dari laman muat turun bagi setiap jenis perisian. z Kandungan Panduan Pengguna ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. z Menyalin manual ini, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya adalah dilarang. Anda dibenarkan menggunakan manual ini untuk kegunaan peribadi anda sendiri. Sebarang penggunaan lain tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD. adalah dilarang. z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau tuntutan daripada pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan produk ini atau manual ini. z CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian kerana kehilangan data akibat malfungsi atau penyelenggaraan produk ini, atau sebarang sebab lain. z Skrin sampel yang ditunjukkan di dalam manual ini adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja, dan mungkin tidak betul-betul sama dengan skrin yang dihasilkan oleh produk ini. z Petikan skrin dalam manual ini semuanya daripada versi bahasa Inggeris. Beberapa istilah yang digunakan dalam teks penjelasan juga berdasarkan skrin versi bahasa Inggeris. 1 Perisian yang Diperlukan untuk Menggunakan Fungsi Rangkaian Perisian yang diperlukan untuk menggunakan fungsi rangkaian bergantung pada jenis peranti yang akan disambungkan ke projektor melalui LAN, seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Peranti Perisian Komputer menjalankan Windows Network Connection (untuk Windows) Komputer menjalankan Mac OS Network Connection (untuk Mac OS) Kunjungi laman web di URL di bawah untuk memuat turun perisian. http://world.casio.com/download/projector/ z Sebelum memasang perisian di atas pada komputer, pastikan anda melawati laman web CASIO untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan sistem minimum, memuat turun, keadaan penggunaan dan langkah berjaga-jaga yang perlu anda patuhi. z Bagi maklumat tentang cara memasang perisian di atas, lihat laman web muat turun. z DLP ialah tanda dagangan berdaftar Texas Instruments Amerika Syarikat. z Microsoft dan Windows ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. z HDMI, Logo HDMI dan High-Definition Multimedia Interface ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. z Mac OS ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Apple Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain. z XGA ialah tanda dagangan berdaftar IBM Corporation Amerika Syarikat. z PJLink ialah tanda dagangan menunggu atau tanda dagangan berdaftar di Jepun, Amerika Syarikat, dan negara dan kawasan lain. z Crestron dan Crestron Connected ialah tanda dagangan berdaftar Crestron Electronics, Inc. Amerika Syarikat. z AMX ialah tanda dagangan berdaftar AMX LLC Amerika Syarikat. z AndroidTM ialah tanda dagangan Google Inc. z Nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan pemilik masing-masing. z Sebahagian daripada produk ini adalah berdasarkan sebahagiannya daripada kerja Independent JPEG Group. 2 Kandungan Perisian yang Diperlukan untuk Menggunakan Fungsi Rangkaian ........2 Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN ............................................................. 5 Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan ..................5 Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor ....................................6 Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles antara Projektor dan Komputer................................................................................................6 SSID Projektor ............................................................................................................. 6 Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer........ 7 Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer ................................................ 10 Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan komputer............................. 10 Untuk mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan penghala dan dalam masa yang sama mengekalkan sambungan wayarles terus antara projektor dan komputer ........................................................................................... 12 Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer melalui Titik Capaian LAN Wayarles.....................................................13 Menyambung Projektor ke Titik Capaian LAN Wayarles ........................................... 13 Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer dan Menayangkan melalui Titik Capaian LAN Wayarles .......................................................................... 14 Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN berwayar ........15 Menggunakan Kabel LAN untuk Menyambungkan Komputer Secara Terus ke Projektor .................................................................................................................... 16 Mewujudkan Sambungan LAN Berwayar antara Projektor dan Komputer melalui Penghala .................................................................................................................... 17 3 Seting Rangkaian Projektor ......................................... 18 Menggunakan Menu Persediaan Projektor ..........................................18 Menggunakan Halaman Pentadbir Projektor .......................................20 Log Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor ............................................................. 20 Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN wayarles .................................................................................................................. 20 Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar ................................................................................................................. 20 Operasi Halaman Pentadbir Projektor ....................................................................... 22 Item Rangkaian Halaman Panel Kawalan ................................................................. 24 Item Halaman Tetapan Rangkaian ........................................................................... 25 Mengawal Projektor dari jauh Melalui Sambungan LAN ........................................... 26 Untuk mengawal projektor dari jauh dari komputer yang bersambung melalui LAN ............................................................................................................. 26 Operasi Pemapar Fail Projektor .................................. 29 Memaparkan Halaman Kawalan Pemapar ...........................................29 Untuk memaparkan halaman Kawalan Pemapar melalui sambungan LAN berwayar.......................................................................................................... 29 Untuk kembali ke halaman teratas “Projektor CASIO” dari halaman Kawalan Pemapar ................................................................................................... 29 Operasi Halaman Kawalan Pemapar....................................................30 Lampiran ........................................................................ 31 Menayang Melalui Sambungan LAN Wayarles dengan Pelbagai Peranti Berlainan ...................................................................31 Menggunakan Network Connection untuk Menayang daripada Mac OS ................. 31 Menggunakan C-Assist untuk Menayang daripada Peranti Pintar............................ 31 Penyelesaian Masalah ..........................................................................32 Sambungan LAN wayarles antara Projektor dan Komputer ...................................... 32 Halaman Pentadbir Projektor..................................................................................... 32 4 Menayang Kandungan Skrin Komputer Melalui Sambungan LAN Bahagian ini meliputi semua yang perlu anda tahu bagi mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer, dan menayang kandungan paparan komputer. Aliran kerja daripada Sambungan LAN sehingga Tayangan Terdapat beberapa cara berlainan untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer. Aliran kerja di bawah memperihalkan apa yang perlu anda lakukan untuk membuat sambungan LAN. Pasang Network Connection pada komputer “Perisian yang Diperlukan untuk Menggunakan Fungsi Rangkaian” (halaman 2) Wujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer Wujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan komputer “Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor” (halaman 6) z Jika anda mahu memudahkan proses sambungan z Jika anda mahu menyambungkan komputer tanpa menyambung ke rangkaian luaran (Internet atau Intranet)*1 z Jika anda mahu menggunakan titik capaian LAN wayarles sedia ada (penghala wayarles) z Jika anda mahu menyambungkan komputer dengan menyambung ke rangkaian luaran (Internet atau Intranet) “Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles antara Projektor dan Komputer” (halaman 6) “Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer melalui Titik Capaian LAN Wayarles” (halaman 13)*2 “Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN berwayar” (halaman 15) “Panduan Network Connection” (Manual berasingan) *1 Selepas mewujudkan sambungan LAN wayarles terus antara projektor dan komputer, komputer akan boleh bersambung dengan rangkaian luar (Internet atau Intranet) melalui projektor. Untuk maklumat lanjut, lihat “Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer” (halaman 10). *2 Untuk bersambung dengan cara ini, terlebih dahulu anda perlu mewujudkan sambungan LAN terus antara projektor dan komputer, dan kemudian mengkonfigurasikan seting untuk menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles. 5 Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor Sambung penyesuai wayarles CASIO yang ditetapkan untuk model projektor anda ke USB-A portnya. Lihat Panduan Pengguna projektor untuk maklumat lanjut tentang lokasi port. Jika “Hidup” dipilih untuk “Pasang dan Main” pada menu penyediaan, sumber input mesti bertukar secara automatik kepada “Rangkaian” apabila anda menyambungkan penyesuai wayarles ke projektor dan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan ditayangkan. Jika sumber input tidak bertukar secara automatik, tekan kekunci [INPUT] projektor sebanyak mungkin untuk memilih “Rangkaian” dan kemudian tekan kekunci [ENTER]. Skrin Tunggu Sedia Sambungan LAN Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles antara Projektor dan Komputer SSID Projektor Prosedur dalam bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection, yang dipasang pada komputer, untuk mencari SSID yang dipancarkan oleh projektor dan untuk mewujudkan sambungan antara komputer dan projektor. Terdapat tiga jenis SSID projektor yang berlainan, setiap satu diperihalkan di bawah. Ambil perhatian yang kaedah sambungan dan operasi yang diperlukan berbeza-beza bergantung pada jenis SSID. Jenis SSID Penerangan SSID Sambungan Ringkas (Terbina dalam) Jenis SSID ini hanya boleh digunakan apabila bersambung dengan Windows Network Connection. Nama dan tetapan bagi setiap nama terbina dalam projektor. SSID ini menyediakan sambungan wayarles paling ringkas antara projektor dan komputer. Penyulitan ialah WPA-PSK AES. SSID Generik (Terbina dalam) Jenis SSID ini menggesa input frasa laluan apabila bersambung. Nama dan tetapan bagi setiap nama terbina dalam projektor. SSID lalai awal projektor ialah casiolpj0101. Penyulitan ialah WPA-PSK AES. SSID Pengguna Nama dan tetapan jenis SSID ini boleh dikonfigurasikan secara bebas oleh anda, maka SSID pengguna mestilah dicipta sebelum ia boleh digunakan. Lihat “Mencipta SSID pengguna” (halaman 23). 6 Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer Bahagian ini menerangkan cara menggunakan Network Connection untuk mencari SSID projektor dan mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. Operasi yang diperihalkan di sini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer dan memulakan tayangan skrin komputer. Projektor Sambungan LAN wayarles z Untuk menyambung dengan menggunakan SSID pengguna, anda perlu mencipta SSID pengguna terlebih dahulu. Lihat “Mencipta SSID pengguna” (halaman 23). Operasi Projektor 1. Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 6) dan kemudian hidupkan projektor. 2. Tekan kekunci [INPUT] projektor sebanyak yang diperlukan untuk memilih “Rangkaian”, kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Sumber input akan bertukar ke “Rangkaian” dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula secara automatik. z Langkah 3 sehingga 6 tidak diperlukan jika anda menggunakan SSID pengguna yang anda cipta. Dalam hal ini, langkau ke langkah 7. 3. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Wayarles Projektor” 3 “SSID”. Pada kotak dialog yang muncul, pilih SSID yang anda ingin guna untuk sambungan. Untuk guna jenis SSID ini: Pilih ini: SSID Sambungan Ringkas casiolpj0001, casiolpj0002, casiolpj0003, atau casiolpj0004 SSID Generik casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103, atau casiolpj0104 4. Tekan kunci [ESC] dua kali untuk kembali ke “Seting Rangkaian”. 5. Gunakan kunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. z Ini akan memaparkan kotak dialog pengesahan yang bertanya sama ada anda mahu mengemas kini seting rangkaian. 6. Tekan kunci [S] untuk memilih “Ya”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. z Ini mengenakan perubahan SSID kepada projektor dan menutup kotak dialog. Tunggu sehingga skrin tunggu sedia sambungan LAN mula ditayang semula. z Jika berbilang projektor sedang digunakan berhampiran, pilih SSID yang berasingan bagi setiap projektor. 7 Operasi Komputer 7. Permulaan Network Connection. z Jika kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog. z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”. z Jika projektor tidak ditemui, butang [Reconnect] akan muncul pada tetingkap Network Connection. Jika hal ini berlaku, semak perkara yang disenaraikan di bawah, kemudian klik butang [Reconnect]. – Periksa sama ada penyesuai wayarles disambung dengan betul ke projektor. Lihat “Menyambung Penyesuai Wayarles ke Projektor” (halaman 6). – Periksa sama ada projektor dihidupkan dan menayang skrin tunggu sedia sambungan LAN. z Jika berbilang projektor boleh sambung ditemui, kotak dialog “Projector List” akan muncul. Jika hal ini berlaku, klik SSID projektor yang anda ingin sambungkan, kemudian tekan [OK]. 8. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah bergantung pada jenis SSID yang anda pilih dalam langkah 3 bagi prosedur ini, seperti yang diterangkan di bawah. Untuk jenis SSID ini: Lakukan operasi ini: SSID Sambungan Ringkas Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan nama pengguna*1 dan kod log masuk*2, kemudian klik [OK]. SSID Generik 1. Pada kotak dialog “Enter the passphrase or WEP key.” yang muncul, masukkan nama pengguna*1 dan frasa laluan, kemudian klik [OK]. z Mengikut SSID projektor yang disambungkan, masukkan aksara yang ditunjukkan di bawah ke dalam kedua-dua kotak “Passphrase/WEP Key Input” dan “Confirm”. SSID Projektor yang Sedang Disambungkan Rentetan Aksara Input (Frasa laluan) casiolpj0101 casiolpj01 casiolpj0102 casiolpj02 casiolpj0103 casiolpj03 casiolpj0104 casiolpj04 2. Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log masuk*2 kemudian klik [OK]. SSID Pengguna 1. Pada kotak dialog “Enter the passphrase or WEP key.” yang muncul, masukkan nama pengguna*1 dan frasa laluan, kemudian klik [OK]. z Dalam kedua-dua “Passphrase/WEP Key Input” dan kotak “Confirm”, masukkan rentetan teks yang anda tetapkan sebagai frasa laluan apabila mencipta SSID pengguna. 2. Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log masuk*2 kemudian klik [OK]. *1 Dalam kotak “User Name”, anda boleh memasukkan mana-mana nama yang panjangnya sehingga 12 aksara. Nama pengguna yang anda masukkan di sini akan dipaparkan sebagai nama pengguna pada skrin tayangan. *2 Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat-digit yang ditunjukkan di sudut atas kanan skrin tunggu sedia sambungan LAN yang ditayangkan. Kod log masuk dikemas kini kepada nilai baharu setiap kali projektor dimulakan. Setiap kali anda menjalankan prosedur di atas untuk bersambung, semak kod log masuk pada skrin tayangan dan masukkan kod log masuk yang betul untuk permulaan semasa. 8 z Semasa projektor bersambung dengan komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej skrin komputer (skrin utama) akan ditayang. z Untuk maklumat lanjut tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Panduan Network Connection” berasingan. (Sambungan LAN wayarles menggunakan SSID Generik atau SSID pengguna) z Selepas anda lakukan operasi di atas, Network Connection akan ingat ungkapan laluan yang digunakan untuk penyambungan yang terakhir. Disebabkan ini, anda tidak perlu lagi memasukkan frasa laluan semula jika anda menyambung semula komputer yang sama ke projektor (selagi SSID tidak berubah). z Tetapan boleh dikonfigurasikan untuk menyingkir keperluan input kod log masuk. Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting, lihat “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan” (halaman 22). 9 Menyambung Projektor pada Rangkaian Luar tanpa Memutuskan Sambungan LAN Wayarles Terus dengan Komputer Semasa terdapat sambungan LAN wayarles terus antara projektor dan komputer, projektor boleh bersambung dengan titik capaian wayarles yang bersambung dengan rangkaian luar (Internet atau Intranet), tanpa memutuskan sambungan dengan komputer. Titik capaian LAN wayarles (atau penghala) Sambungan LAN wayarles Atau sambungan LAN berwayar Projektor Sambungan LAN wayarles z Sambungan jenis ini membolehkan komputer menggunakan perkhidmatan (Internet atau Intranet) rangkaian yang bersambung melalui titik capaian LAN wayarles atau penghala. Persekitaran rangkaian yang boleh disambungkan dari komputer bergantung pada titik capaian LAN wayarles atau penghala. z Sambungan jenis ini menganggap yang pelayan DHCP berjalan di rangkaian yang memiliki titik capaian LAN wayarles atau penghala. Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan komputer 1. Lakukan prosedur di bawah “Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer” (halaman 7) untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. 2. Pada tetingkap Network Connection, klik pada menu yang muncul. dan kemudian klik [Admin Screen] z Ini memulakan pelayar web komputer dan memaparkan halaman teratas “CASIO Projector”. 3. Pada anak tetingkap kiri, klik “Projector Admin”. Pada skrin input kata laluan yang muncul, masukkan kata laluan. z Kata laluan lalai awal ialah “admin”. 4. Klik butang [Login]. z Jika log masuk diteruskan seperti biasa, halaman “System Status” akan muncul. 10 5. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”. z Ini memaparkan halaman “Network Settings”. z Input dan seting yang diperlukan di sini dikelilingi oleh sempadan merah. Anda tidak perlu mengubah seting lain. z Untuk butiran tentang halaman ini, lihat “Mengkonfigurasi tetapan halaman Tetapan Rangkaian” (halaman 23). 6. Klik butang “Obtain an IP address automatically” agar ia berubah kepada 7. Klik butang “Auto” dalam kawasan “DHCP Settings” agar ia berubah kepada 8. Konfigurasikan seting untuk sambungan ke titik capaian LAN wayarles dari projektor. . . 1. Klik butang “Enable” dalam kawasan “External Access Point” agar ia berubah kepada . 2. Klik [Scan Access Point]. z “Select an access point.” dipaparkan dalam kotak “External Access Point SSID”. 3. Klik butang [T] ke bahagian kanan kotak “External Access Point SSID” kemudian pilih SSID titik capaian yang anda ingin sambungkan dengan senarai yang muncul. z Senarai yang muncul apabila anda klik butang [T] menunjukkan titik akses yang isyaratnya dikesan oleh projektor pada masa itu, dan sehingga lapan titik akses yang bersambung sebelumnya. z Jika anda mahu masukkan SSID secara manual, pilih opsyen “Enter the key.” dalam list. Seterusnya, masukkan SSID yang diingini ke dalam kotak “External Access Point SSID”. 4. Dalam kotak “Passphrase/WEP Key” masukkan frasa laluan atau kunci WEP titik capaian yang disambungkan dengannya. z Anda tidak perlu memasukkan apa-apa sekiranya titik capaian yang anda gunakan tidak memerlukan input frasa laluan atau kekunci WEP. z Setiap frasa laluan atau aksara kekunci WEP yang anda masukkan ditandakan dengan asterisk (*) dalam kotak input yang digunakan. Jika anda mahu melihat aksara sebenar yang anda masukkan, kosongkan kotak semak “Hide characters”. 5. Untuk menyimpan tetapan sambungan anda, klik [Apply]. z Jika frasa laluan atau kekunci WEP betul, ia biasanya akan mengambil masa kira-kira satu minit sehingga beberapa minit untuk mewujudkan sambungan dengan titik capaian. 11 9. Gunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan dengan projektor untuk memeriksa jika projektor disambungkan ke titik capaian LAN wayarles. 1. Tekan kekunci [MENU], kemudian pilih “Seting Rangkaian” 3 “Info LAN wayarles”. 2. Pada kotak dialog “Info LAN wayarles” yang muncul, semak “Status Sambungan AP Luaran”. z Jika “Bersambung” dipaparkan, ia bermakna projektor disambungkan ke titik akses LAN wayarles. Jika “Terputus” dipaparkan, lakukan prosedur lagi dari langkah 1. z Apabila titik capaian luaran beroperasi sebagai pelayan DHCP, memutuskan sambungan akan mengakibatkan alamat IP projektor diubah kepada nilai yang ditentukan oleh titik capaian luaran. z Setelah anda mengkonfigurasikan tetapan di atas dan menyambungkan projektor ke titik akses LAN wayarles, projektor akan bersambung secara automatik dengan titik akses LAN wayarles yang sama apabila anda tukar sumber inputnya ke “Rangkaian”. Ini benar selagi projektor berada dalam lingkungan jarak sambungan titik capaian LAN wayarles, dan selagi seting titik capaian LAN wayarles dan seting projektor tidak berubah. Untuk mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan penghala dan dalam masa yang sama mengekalkan sambungan wayarles terus antara projektor dan komputer 1. Lakukan prosedur di bawah “Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer” (halaman 7). 2. Guna kabel LAN (penggunaan kabel LAN bertebat (STP) adalah disyorkan) untuk menyambungkan projektor ke penghala. 12 Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer melalui Titik Capaian LAN Wayarles Sambungan LAN boleh diwujudkan antara projektor dan komputer dengan menyambungkan kedua-duanya ke titik capaian LAN wayarles yang sedia ada dalam syarikat, dsb. Titik capaian LAN wayarles LAN wayarles LAN wayarles Projektor z Jenis sambungan ini membolehkan komputer menggunakan perkhidmatan rangkaian (Internet atau intranet) yang disambungkan oleh titik capaian LAN wayarles. Persekitaran rangkaian yang boleh disambungkan dari komputer bergantung pada titik capaian LAN wayarles. z Sambungan jenis ini menganggap yang titik capaian LAN wayarles berfungsi sebagai pelayan DHCP atau yang pelayan DHCP berjalan di rangkaian yang memiliki titik capaian LAN wayarles. Menyambung Projektor ke Titik Capaian LAN Wayarles Dalam langkah 7 di bawah “Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan komputer” (halaman 10), lakukan langkah di bawah. 7. Dalam kawasan “Access Point Function”, klik butang “Disable” agar ia berubah kepada . z Jika terdapat sambungan LAN wayarles terus antara projektor dan komputer, mengklik [Apply] dalam langkah 8 akan menamatkan sambungan tersebut. 13 Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer dan Menayangkan melalui Titik Capaian LAN Wayarles Prosedur di bawah menganggap keadaan yang diperihalkan di bawah. z Komputer telah disambungkan ke titik capaian LAN wayarles. Tiada perbezaan sama ada komputer bersambung melalui LAN wayarles (Wi-Fi) atau LAN berwayar (menggunakan kabel LAN). Jika komputer bersambung melalui sambungan LAN berwayar, pastikan fungsi LAN wayarles komputer dinyahdayakan. z Tetapan projektor telah dikonfigurasikan dengan menggunakan prosedur di bawah “Menyambung Projektor ke Titik Capaian LAN Wayarles” di atas dan titik capaian LAN wayarles dan/atau tetapan projektor tidak diubah sejak itu. z Projektor berada dalam lingkungan jarak yang disokong oleh titik capaian LAN wayarles. Operasi Projektor 1. Sambungkan penyesuai wayarles ke projektor (halaman 6) dan kemudian hidupkan projektor. 2. Tekan kekunci [INPUT] projektor sebanyak yang diperlukan untuk memilih “Rangkaian”, kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Sumber input akan bertukar ke “Rangkaian” dan tayangan skrin tunggu sedia sambungan LAN akan bermula secara automatik. Operasi Komputer 3. Permulaan Network Connection. z Jika kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog. z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”. z Jika berbilang projektor boleh sambung ditemui, kotak dialog “Projector List” akan muncul. Jika hal ini berlaku, klik alamat IP projektor yang anda ingin sambungkan, kemudian klik [OK]. Untuk alamat IP projektor, semak “Server IP” di sudut bawah kiri skrin tayangan (skrin tunggu sedia sambungan LAN). 4. Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log masuk, kemudian klik [OK]. z Dalam kotak “Login Code”, masukkan nombor empat-digit yang ditunjukkan di sudut atas kanan skrin tunggu sedia sambungan LAN yang ditayangkan. z Semasa projektor bersambung dengan komputer melalui LAN wayarles, tetingkap Network Connection seperti yang ditunjukkan di bawah akan dipaparkan pada skrin komputer. Imej skrin komputer (skrin utama) akan ditayang. z Untuk maklumat lanjut tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Panduan Network Connection” berasingan. z Tetapan boleh dikonfigurasikan untuk menyingkir keperluan input kod log masuk. Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting, lihat “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan” (halaman 22). 14 Menyambungkan Projektor ke Komputer melalui LAN berwayar Kaedah yang anda harus gunakan untuk menyambungkan projektor ke komputer melalui LAN berwayar bergantung pada sama ada komputer juga akan disambungkan ke rangkaian luaran pada masa yang sama. Sambungan LAN berwayar apabila tidak perlu untuk menyambung komputer ke rangkaian luaran Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan projektor dan komputer. Projektor Sambungan LAN berwayar Untuk maklumat tentang cara melakukan ini, lihat “Menggunakan Kabel LAN untuk Menyambungkan Komputer Secara Terus ke Projektor” (halaman 16). Sambungan LAN berwayar apabila anda juga ingin menyambung komputer ke rangkaian luar Gunakan kabel LAN untuk menyambungkan projektor dan komputer pada penghala yang sama. Dalam konfigurasi ini, komputer boleh menggunakan perkhidmatan rangkaian (Internet atau intranet) yang disambungkan melalui penghala. Persekitaran rangkaian yang boleh disambungkan dari komputer bergantung pada penghala. Penghala Sambungan LAN berwayar Sambungan LAN berwayar Projektor Untuk maklumat tentang cara melakukan ini, lihat “Mewujudkan Sambungan LAN Berwayar antara Projektor dan Komputer melalui Penghala” (halaman 17). z Gunakan kabel LAN terlindung (STP) yang disarankan untuk sambungan LAN berwayar untuk mengelak gangguan daripada radio, TV, dan alat penerima lain. 15 Menggunakan Kabel LAN untuk Menyambungkan Komputer Secara Terus ke Projektor 1. Sambungkan komputer ke projektor dengan kabel LAN (penggunaan kabel LAN bertebat (STP) adalah disyorkan). Operasi Projektor 2. Tekan kunci [INPUT]. Ini akan memaparkan kotak dialog “Input”. 3. Gunakan kunci [T] dan [S] untuk memilih “Rangkaian” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 4. Semak alamat IP (“Server IP”) di sudut bawah kiri skrin tayangan (skrin tunggu sedia sambungan LAN). z Di sini, kita akan menggunakan alamat IP projektor 192.168.100.10 (seting lalai awal projektor). Operasi Komputer 5. Periksa bagi memastikan tetapan dikonfigurasi untuk perolehan automatik bagi alamat IP komputer. z Jika anda ingin menentukan alamat IP komputer secara manual, ubah ia kepada 192.168.100.XXX (XXX ialah nilai dari 1 hingga 9 atau 11 hingga 254). z Langkah setakat ini adalah untuk mewujudkan sambungan LAN antara projektor dan komputer. Langkah dari sini ialah untuk menayangkan skrin komputer. 6. Permulaan Network Connection. z Jika kotak dialog “Tetapkan Lokasi Rangkaian” muncul, klik [Batal] untuk menutup kotak dialog. z Tetingkap Network Connection akan muncul dengan mesej “Connecting”. 7. Pada kotak dialog “Enter the login code.” yang muncul, masukkan kod log masuk yang diperlukan. z Dalam kotak “Login Code”, inputkan nombor empat-digit yang ditunjukkan di sudut atas kanan skrin tunggu sedia sambungan LAN yang ditayangkan. 8. Setelah semuanya seperti yang anda mahu, klik [OK]. z Ini akan menyebabkan tetingkap Network Connection berubah seperti yang ditunjukkan di bawah, dan tayangan imej skrin komputer (tetingkap utama) akan bermula. z Untuk maklumat lanjut tentang operasi tetingkap Network Connection, lihat “Panduan Network Connection” berasingan. z Apabila menggunakan jenis sambungan di atas, seting boleh dikonfigurasi agar kod log masuk tidak perlu dimasukkan. Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting sedemikian, lihat “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan” (halaman 22). 16 Mewujudkan Sambungan LAN Berwayar antara Projektor dan Komputer melalui Penghala Prosedur di bawah menganggap bahawa pelayan DHCP berjalan pada rangkaian yang dipunyai oleh penghala, dan terdapat sambungan LAN antara komputer dan penghala. Operasi Projektor 1. Guna kabel LAN (penggunaan kabel LAN bertebat (STP) adalah disyorkan) untuk menyambungkan projektor ke penghala yang komputer disambungkan melalui LAN. 2. Pada projektor, pilih “Auto” untuk “Seting IP”. 1. Lakukan langkah berikut untuk memaparkan kotak dialog Tetapan IP: Kekunci [MENU] 3 “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Berwayar Projektor”. 2. Tekan kekunci [W] untuk memilih “Auto” untuk “Seting IP”. 3. Tekan kekunci [ESC] untuk kembali ke “Seting Rangkaian”. 4. Pilih “Kemas kini Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 5. Bagi menjawab kotak dialog kemas kini tetapan rangkaian yang muncul, tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya” kemudian tekan kekunci [ENTER]. Operasi Komputer 3. Lakukan operasi daripada langkah 3 di bawah “Mewujudkan Sambungan antara Projektor dan Komputer dan Menayangkan melalui Titik Capaian LAN Wayarles” (halaman 14). 17 Seting Rangkaian Projektor Terdapat dua jenis tetapan rangkaian projektor: tetapan asas yang boleh dikonfigurasikan oleh projektor sahaja dan tetapan yang lebih terperinci yang boleh dikonfigurasikan dengan menggunakan komputer yang bersambung ke projektor melalui sambungan LAN untuk mencapai halaman “Projector Admin”. Menggunakan Menu Persediaan Projektor Anda boleh menggunakan menu utama “Seting Rangkaian”, yang disertakan dalam menu persediaan projektor, untuk memaparkan maklumat tentang dan mengkonfigurasikan seting untuk projektor dan sambungan LAN peranti luaran. Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Memaparkan maklumat LAN berwayar 1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Info LAN berwayar”. 2. Tekan kunci [ENTER]. Ini akan memaparkan maklumat di bawah. Nama projektor: Tetapan lalai awal ialah enam digit paling kanan bagi alamat MAC. Anda boleh mengubah nama projektor dengan menggunakan prosedur di bawah “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan” (halaman 22). Alamat MAC: Alamat MAC LAN berwayar tetap diperuntukkan kepada setiap projektor Alamat IP: Alamat IP yang diperuntukkan kepada projektor pada masa ini DHCP: Menunjukkan status semasa fungsi pelayan DHCP projektor (“Auto” atau “Nyahdayakan”). Memaparkan maklumat LAN wayarles 1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Info LAN wayarles”. 2. Tekan kunci [ENTER]. Ini akan memaparkan maklumat di bawah. SSID: Menunjukkan SSID semasa projektor (yang digunakan untuk sambungan LAN wayarles dengan peranti luaran). Alamat MAC Wayarles: Alamat MAC LAN wayarles yang tetap diperuntukkan kepada setiap penyesuai wayarles. Alamat IP: Alamat IP yang diperuntukkan kepada projektor. DHCP: Menunjukkan status semasa pelayan DHCP projektor (“Auto” atau “Nyahdayakan”). Seting Keselamatan: Menunjukkan sistem penyulitan yang digunakan oleh SSID semasa projektor. SSID AP Luaran: Muncul apabila “Enable” ditetapkan untuk “External Access Point” pada halaman “Network Settings”. Apabila projektor bersambung dengan titik capaian LAN wayarles luaran, SSID titik capaian itu ditunjukkan. Apabila tidak bersambung, menunjukkan “Tiada sambungan”. Status Sambungan AP Luaran: Muncul apabila “Enable” ditetapkan untuk “External Access Point” pada halaman “Network Settings”. Apabila projektor bersambung ke titik akses LAN wayarles luaran, menunjukkan “Bersambung”. Apabila tidak bersambung, menunjukkan “Terputus”. 18 Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Ubah SSID z Jika SSID pengguna telah dicipta, anda tidak akan dapat mengubah SSID dengan menggunakan menu projektor. 1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Wayarles Projektor” 3 “SSID”. 2. Tekan kunci [ENTER]. z Ini memaparkan senarai SSID yang boleh dipilih. 3. Gunakan kunci [S] dan kunci [T] untuk memilih SSID yang anda mahu dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 4. Guna kekunci [ESC] untuk kembali ke “Seting Rangkaian”. 5. Gunakan kunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 6. Pada kotak dialog pengesahan yang muncul, tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, kemudian tekan kekunci [ENTER]. Ubah tetapan IP 1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Berwayar Projektor” atau “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Wayarles Projektor” 3 “Seting IP”. 2. Pada kotak dialog “Seting IP” yang muncul, konfigurasikan tetapan di bawah. z Untuk menetapkan pemerolehan automatik alamat IP, pilih “Auto” untuk “Seting IP”. z Untuk menetapkan alamat IP secara manual, tetapkan “Manual” untuk “Seting IP” dan masukkan alamat IP secara manual (lihat di bawah). (1) Guna kekunci [T] untuk pilih “Alamat IP” kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini memaparkan kotak dialog “Masukkan Alamat IP”. (2) Gunakan kunci [W] dan [X] untuk menetapkan oktet pertama (tiga digit) alamat IP. Setelah tetapan adalah seperti yang anda mahu, tekan kunci [T]. (3) Ulang langkah (2) untuk menetapkan oktet dua hingga empat. z Nilai dalam julat berikut boleh dinyatakan untuk setiap oktet: Pertama: 1 hingga 223; kedua: 0 hingga 255; ketiga: 0 hingga 255; keempat: 1 hingga 254. (4) Setelah alamat IP adalah seperti yang anda mahu, tekan kunci [ESC]. 3. Guna kekunci [ESC] untuk kembali ke “Seting Rangkaian”. 4. Gunakan kunci [T] untuk memilih “Kemas kini Seting Rangkaian”, dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 5. Pada kotak dialog pengesahan yang muncul, tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, kemudian tekan kekunci [ENTER]. Mulakan tetapan rangkaian 1. Tekan kunci [MENU] dan kemudian pilih yang berikut: “Seting Rangkaian” 3 “Mengasal Seting Rangkaian”. 2. Tekan kunci [ENTER]. 3. Pada kotak dialog pengesahan yang muncul, tekan kekunci [S] untuk memilih “Ya”, kemudian tekan kekunci [ENTER]. 19 Menggunakan Halaman Pentadbir Projektor Log Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN wayarles 1. Lakukan prosedur di bawah “Mewujudkan Sambungan LAN Wayarles Terus antara Projektor dan Komputer” (halaman 7) untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. 2. Pada tetingkap Network Connection, klik pada menu yang muncul. dan kemudian klik [Admin Screen] z Ini memulakan pelayar web komputer dan memaparkan halaman teratas “CASIO Projector”. 3. Pada anak tetingkap kiri, klik “Projector Admin”. Pada skrin input kata laluan yang muncul, masukkan kata laluan. (Kata laluan lalai awal ialah “admin”.) 4. Klik butang [Login]. z Jika log masuk diteruskan seperti biasa, halaman “System Status” akan muncul. Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar 1. Lakukan satu daripada operasi di bawah ((A), (B), atau (C)) untuk menyambungkan komputer ke projektor melalui sambungan LAN berwayar. (A) Untuk mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan komputer menggunakan alamat IP secara automatik yang diperuntukkan kepada komputer 1. Guna kabel LAN (penggunaan kabel LAN bertebat (STP) adalah disyorkan) untuk menyambungkan komputer secara terus ke projektor. Operasi Projektor 2. Lakukan langkah berikut untuk memaparkan kotak dialog Tetapan IP: [MENU] kunci 3 “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Berwayar Projektor”. 3. Tekan kekunci [X] untuk memilih “Manual” untuk “Seting IP”. 4. Tekan kekunci [ESC] untuk kembali ke “Seting Rangkaian”. 5. Pilih “Kemas kini Seting Rangkaian” dan kemudian tekan kunci [ENTER]. 6. Bagi menjawab kotak dialog pengesahan yang muncul, tekan kekunci [S] untuk pilih “Ya” kemudian tekan kekunci [ENTER]. Operasi Komputer 7. Periksa bagi memastikan tetapan dikonfigurasi untuk perolehan automatik bagi alamat IP komputer. z Alamat IP diperuntukkan secara automatik kepada komputer anda mengikut alamat IP projektor, dan sambungan LAN berwayar diwujudkan. 20 (B) Untuk menyatakan alamat IP komputer anda secara manual bagi sambungan LAN berwayar (apabila alamat IP komputer anda dibetulkan) 1. Lakukan langkah 1 melalui 6 bagi (A), di atas. Operasi Komputer 2. Nyatakan alamat IP untuk komputer Oktet 1,2 dan 3 mestilah sama dengan oktet untuk alamat IP projektor. Untuk oktet 4, tentukan nilai dalam julat 1 hingga 254 yang mana berbeza daripada alamat IP projektor. z Contohnya, jika alamat IP projektor ialah 192.168.100.10 (yang mana lalai awalnya), anda perlu nyatakan alamat IP komputer bagi 192.168.100.XXX, di mana XXX ialah nilai dari 1 hingga 9, atau 11 hingga 254. (C)Untuk mewujudkan sambungan LAN berwayar antara projektor dan komputer melalui penghala *1 1. Guna kabel LAN (penggunaan kabel LAN bertebat (STP) adalah disyorkan) untuk menyambungkan projektor ke penghala yang komputer disambungkan melalui LAN. Operasi Projektor 2. Lakukan langkah berikut untuk memaparkan kotak dialog Tetapan IP: [MENU] kunci 3 “Seting Rangkaian” 3 “Seting LAN Berwayar Projektor”. 3. Tekan kekunci [W] untuk memilih “Auto” untuk “Seting IP”. 4. Lakukan langkah 4 melalui 6 bagi (A), di atas. *1 Prosedur ini menganggap bahawa pelayan DHCP berjalan dengan menggunakan rangkaian milik penghala dan terdapat sambungan LAN antara komputer dan penghala. Operasi Projektor 2. Tekan kekunci [INPUT] projektor sebanyak yang mungkin untuk memilih “Rangkaian”, kemudian tekan kekunci [ENTER]. z Ini akan menayangkan skrin tunggu sedia sambungan LAN. 3. Semak alamat IP (“Server IP”) di sudut bawah kiri skrin tayangan (skrin tunggu sedia sambungan LAN). Operasi Komputer 4. Mulakan pelayar web komputer, masukkan “http://<alamat IP yang anda cari dalam langkah 3 di atas>” ke dalam bar alamat, dan kemudian tekan [Enter]. z Ini akan memaparkan halaman teratas “CASIO Projector”. 5. Pada anak tetingkap kiri, klik “Projector Admin”. Pada skrin input kata laluan yang muncul, masukkan kata laluan. (Kata laluan lalai awal ialah “admin”.) 6. Klik [Login]. z Jika log masuk diteruskan seperti biasa, halaman “System Status” akan muncul. 21 Operasi Halaman Pentadbir Projektor Lakukan operasi di bawah selepas log masuk ke Halaman Projector Admin. Untuk maklumat lanjut tentang operasi sehingga ke log masuk, lihat “Log Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor” (halaman 20). Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Memapar status sistem Pada anak tetingkap kiri, klik “System Status”. Ini memaparkan maklumat di bawah. Firmware Version: Ini ialah versi perisian tegar projektor (perisian terbina dalam) IP Address: Alamat IP yang diperuntukkan kepada projektor. Subnet Mask: Nilai topeng subnet yang dikonfigurasikan pada projektor. Default Gateway: Get Laluan yang dikonfigurasikan untuk projektor. Alamat MAC: Alamat MAC LAN berwayar tetap diperuntukkan kepada setiap projektor. Wireless MAC Address: Alamat MAC LAN wayarles yang tetap diperuntukkan kepada setiap penyesuai wayarles. Projection Status: Projection Standby: Menunggu sedia untuk tayangan melalui sambungan LAN. Projecting: Menayang melalui sambungan LAN. Number of Users: Bilangan pengguna yang sedang menayang dari komputer melalui sambungan LAN. Login Code: Kod log masuk semasa projektor. Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan 1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Control Panel” untuk memaparkan halaman “Control Panel”. z “Control Panel” item tetapan halaman dibahagikan antara dua kumpulan seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan bagi item satu kumpulan pada satu masa. Kumpulan 1: Projector name, Login Code Kumpulan 2: Show User Name, Remote On, PJLink Authentication, IEEE 802.11n (Wi-Fi), Channel Width 2. Pada halaman “Control Panel”, konfigurasikan tetapan sama ada Kumpulan 1 atau Kumpulan 2. z Untuk maklumat tentang cara mengkonfigurasi seting, lihat “Item Rangkaian Halaman Panel Kawalan” (halaman 24). 3. Untuk mengguna pakai tetapan Kumpulan 1, klik [Apply] di bawah “Login Code”. Untuk mengguna pakai tetapan Kumpulan 2, klik [Apply] di bawah “Channel Width”. Ini akan memaparkan kotak dialog yang bertanya sama ada anda mahu memulakan semula projektor. 4. Untuk memulakan semula projektor dan mengguna pakai tetapan yang diubah, klik [OK]. z Mengklik [OK] akan mengguna pakai tetapan yang diubah dan memulakan semula projektor. Sambungan LAN antara projektor dan komputer akan diputuskan pada masa ini. 22 Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Mengkonfigurasi tetapan halaman Tetapan Rangkaian 1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”. 2. Pada halaman “Network Settings” yang muncul, konfigurasikan tetapan yang anda mahu. z Untuk maklumat tentang tetapan yang anda boleh konfigurasikan dan operasi yang diperlukan untuk berbuat demikian, lihat “Item Halaman Tetapan Rangkaian” (halaman 25). 3. Untuk mengenakan perubahan halaman “Network Settings” pada projektor, klik [Apply]. Ini akan memaparkan kotak dialog yang bertanya sama ada anda mahu memulakan semula projektor. 4. Untuk memulakan semula projektor dan mengguna pakai tetapan yang diubah, klik [OK]. z Mengklik [OK] akan mengguna pakai tetapan yang diubah dan memulakan semula projektor. Sambungan LAN antara projektor dan komputer akan diputuskan pada masa ini. Ubah kata laluan untuk log masuk ke halaman Pentadbir Projektor 1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Change Passwords”. 2. Di bawah “Projector Admin”, masukkan sehingga lapan aksara bait tunggal untuk kata laluan baharu ke dalam kedua-dua “New Password” dan “Reinput Password”. Masukkan kata laluan yang sama ke dalam kedua-dua kotak. 3. Klik [Apply]. Mencipta SSID pengguna 1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Network Settings”. 2. Dalam kotak “SSID”, masukkan jujukan aksara yang anda mahu gunakan sebagai SSID pengguna. z SSID pengguna akhirnya akan berada dalam format: casiolpj0<rentetan aksaran yang anda masukkan> z Anda boleh memasukkan sehingga 23 aksara bait tunggal sebagai SSID pengguna. Ambil perhatian yang berikut tidak boleh digunakan sebagai bahagian input teks untuk SSID pengguna: 001, 002, 003, 004, 101, 102, 103, atau 104. Ini adalah kerana menggunakan nombor-nombor ini akan menjadikan nama SSID pengguna sama seperti SSID ringkas atau SSID generik. 3. Klik butang [T] di sebelah kanan kotak “Security” dan kemudian pilih protokol keselamatan yang diingini dalam senarai yang muncul. WPA-PSK AES: Lakukan penyulitan komunikasi dengan menggunakan protokol WPA-PSK. WPA (Wi-Fi Protected Access, Capaian Terlindung Wi-Fi) merupakan fungsi keselamatan bagi menyulitkan data komunikasi. WPA2-PSK AES: Lakukan penyulitan komunikasi dengan menggunakan protokol WPA2-PSK. WPA2 ialah standard WPA yang baharu. Disable: Mematikan keselamatan LAN wayarles, maka komunikasi tidak disulitkan. z Jika anda memilih “Disable”, anda tidak perlu melakukan langkah 4. 4. Masukkan frasa laluan dalam kotak teks “Passphrase/WEP Key Input”. z Masukkan frasa laluan dengan aksara abjad-angka 8 hingga 63 bait tunggal atau 64 digit nilai perenambelasan. z Setiap aksara kekunci frasa laluan yang anda masukkan ditandakan dengan asterisk (*) dalam kotak input yang digunakan. Jika anda mahu melihat aksara sebenar yang anda masukkan, kosongkan kotak semak “Hide characters”. z Frasa laluan yang anda masukkan akan diperlukan apabila anda menggunakan SSID pengguna untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. Pastikan anda tidak terlupa frasa laluan yang anda masukkan. 5. Untuk mencipta SSID pengguna berdasarkan pada tetapan anda di atas, klik [Apply]. z Ini menghasilkan SSID pengguna dan menggunakannya untuk projektor itu. z Jika projektor dan komputer disambungkan melalui LAN wayarles, ini memutuskan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, dan mengubah skrin tayangan kepada skrin tunggu sedia sambungan LAN. 23 Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Mulakan semua tetapan pada halaman Pentadbir Projektor 1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Initialize Settings”. 2. Pada halaman “Initialize Settings” yang muncul, klik [Apply]. Ini akan memaparkan kotak dialog yang bertanya sama ada anda mahu memulakan semula projektor. 3. Untuk mula semula projektor dan kembalikan tetapannya kepada lalai awal, klik [OK]. z Mengklik [OK] akan memulakan tetapan dan memulakan semula projektor. Sambungan LAN antara projektor dan komputer akan diputuskan pada masa ini. Masukkan maklumat untuk menyambung ke kawalan Crestron 1. Pada anak tetingkap kiri, klik “Crestron Control”. 2. Pada halaman “Crestron Control” yang muncul, masukkan maklumat yang diterangkan di bawah. IP Address: Masukkan alamat IP pengawal Crestron. IP ID: Masukkan ID IP pengawal Crestron. Port: Masukkan nombor port yang akan digunakan untuk komunikasi dengan pengawal Crestron (biasanya 41794). 3. Untuk mengenakan seting yang anda masukkan pada projektor, klik [Apply]. Log keluar dari halaman Pentadbir Projektor Di sudut atas kanan tetingkap pelayar web, klik “Logout”. z Ini kembali ke halaman teratas “CASIO Projector”. Item Rangkaian Halaman Panel Kawalan Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Tukar nama projektor Dalam kotak “Projector name”, masukkan sehingga 16 aksara bait tunggal (tiada simbol) untuk nama projektor. Nyatakan sama ada kod log masuk perlu dimasukkan apabila mewujudkan sambungan LAN wayarles. Dalam kawasan “Login Code”, klik “ON” (prom untuk input kod log masuk) atau “OFF” (jangan prom untuk input kod log masuk). Nyatakan sama ada mahu menunjukkan atau menyembunyikan nama pengguna komputer yang sedang menayang pada projektor melalui LAN berwayar Dalam kawasan “Show User Name”, klik sama ada “ON” (papar) atau “OFF” (sembunyi). Nyatakan sama ada kuasa projektor boleh dihidupkan melalui LAN semasa projektor dalam keadaan tunggu sedia Dalam kawasan “Remote On*1”, klik “Enable” (aktihkan kuasa dihidupkan) atau “Disable”. Dayakan atau nyahdayakan pengesahan sambungan PJLink Dalam kawasan “PJLink Authentication”, klik “Enable” atau “Disable”. Dayakan atau nyahdayakan standard LAN wayarles IEEE802.11n Dalam kawasan “IEEE 802.11n (Wi-Fi)”, klik sama ada “Enable” atau “Disable”. Nyatakan sama ada lebar saluran LAN wayarles perlu disetkan secara automatik atau ditetapkan (20MHz) Dalam kawasan “Channel Width”, klik “20MHz” atau “Auto”. *1 Penggunakan tenaga tunggu sedia projektor bergantung kepada sama ada “Remote On” didayakan. Untuk maklumat tentang penggunaan kuasa dalam setiap keadaan tunggu sedia, lihat “Panduan Pengguna”. 24 Item Halaman Tetapan Rangkaian Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Nyatakan auto perolehan alamat IP dari peranti LAN luaran Dalam kawasan “IP Settings”, klik “Obtain an IP address automatically”. Nyatakan alamat IP secara manual 1. Dalam kawasan “IP Settings”, klik “Use the IP address below”. 2. Dalam kotak “IP Address”, masukkan alamat IP yang anda ingin berikan kepada projektor (Lalai Awal: 192.168.100.10). 3. Dalam kotak “Subnet Mask”, masukkan nilai yang akan digunakan untuk menentukan jarak alamat IP rangkaian (subnet) yang projektor akan gunakan (Lalai Awal: 255.255.255.0). 4. Dalam kotak “Default Gateway”, masukkan alamat IP get laluan lalai (Lalai Awal: 192.168.100.10). Nyatakan auto peruntukan alamat IP kepada komputer dan peranti pintar oleh projektor 1. Dalam kawasan “DHCP Settings”, klik “Auto”. 2. Nyatakan julat alamat IP yang diperuntukkan secara automatik seperti yang diminta. z Dalam “Starting Address” dan “Ending Address”, masukkan nilai dalam julat 11 hingga 254 untuk oktet keempat. z Hanya oktet keempat sahaja boleh dinyatakan oleh anda. Oktet lain tidak boleh diubah. Tidak menyatakan peruntukan alamat IP kepada komputer dan peranti pintar oleh projektor Dalam kawasan “DHCP Settings”, klik “Disable”. Dayakan sambungan LAN wayarles kepada projektor dari komputer dan/ atau peranti pintar (dengan mendayakan fungsi titik capaian terbina dalam) Tukar kawasan “Wireless Settings” seting “Access Point Function” ke “Enable”. Nyahdayakan sambungan LAN wayarles kepada projektor dari komputer dan/atau peranti pintar (dengan menyahdayakan fungsi titik capaian terbina dalam) Tukar kawasan “Wireless Settings” seting “Access Point Function” ke “Disable”. Dayakan/Nyahdayakan siaran SSID Dalam kawasan “Wireless Settings”, pilih “Enable” atau “Disable” untuk “SSID Broadcast”. Nyatakan saluran untuk komunikasi LAN wayarles Dalam kawasan “Wireless Settings”, klik [T] pada sebelah kanan kotak “Channel”. Pada senarai yang muncul, pilih saluran daripada 1 hingga 11. Nyatakan auto pilihan saluran LAN wayarles yang akan digunakan Dalam kawasan “Wireless Settings”, klik [T] pada sebelah kanan kotak “Channel”. Pada senarai yang muncul, pilih “Auto”. Sambungkan projektor ke titik capaian wayarles luaran Dala kawasan “External Access Point”, klik “Enable” dan konfigurasikan seting seperti yang diperlukan. Untuk butiran, lihat “Bagi menyambungkan projektor ke titik capaian LAN wayarles tanpa memutuskan sambungan LAN wayarles terus dengan komputer” (halaman 10). Jangan sambungkan projektor ke titik capaian wayarles luaran Dalam kawasan “External Access Point”, klik “Disable”. 25 Mengawal Projektor dari jauh Melalui Sambungan LAN Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk mengawal projektor dari komputer atau peranti luaran lain melalui sambungan LAN. Untuk mengawal projektor dari jauh dari komputer yang bersambung melalui LAN 1. Merujuk kepada “Log Masuk ke Halaman Pentadbir Projektor” (halaman 20), log masuk ke halaman Pentadbir Projektor. 2. Dalam anak tetingkap kiri, klik “Control Panel”. z Ini akan memaparkan halaman “Control Panel”. z Item kawalan jauh projektor ialah item yang dikelilingi oleh sempadan merah di atas. Untuk maklumat terperinci tentang setiap satu daripada item ini, lihat “Item Alat Kawalan Halaman Panel Kawalan”. z Untuk maklumat tentang item selain daripada di atas (item “Network Settings” items), lihat “Mengkonfigurasi tetapan rangkaian halaman Panel Kawalan” (halaman 22). 26 3. Selepas anda selesai dengan operasi alat kawalan jauh, klik “Logout” untuk log keluar daripada halaman Pentadbir Projektor. z Projektor menyokong peranti luaran dan perintah di bawah. Peranti Luaran dan Perintah Semua perintah PJLink Class1 (Versi 1.00) Rujuk kepada: http://pjlink.jbmia.or.jp/english/ Perintah pengawal dan perisian Crestron Electronic (RoomView®) http://www.crestron.com/ Penemuan Peranti AMX http://www.amx.com/ 27 Item Alat Kawalan Halaman Panel Kawalan Bergantung pada modelnya, sesetengah item dan fungsinya mungkin tidak disokong oleh dan mungkin tidak tersedia pada projektor anda. Kumpulan Item Penerangan Refresh (Butang) Klik untuk segar semula skrin dengan maklumat terkini. Projector Status Projector Status Menunjukkan status semasa projektor sebagai sama ada “ON” atau “Standby”. Projector Control Error info Menunjukkan satu daripada berikut. No error: Beroperasi seperti biasa. Temperature Error: Ralat suhu telah berlaku. Fan Error: Ralat kipas telah berlaku. Light Error: Ralat unit sumber cahaya telah berlaku. Other Error: Ralat selain daripada di atas telah berlaku. Power Off (Butang) Klik untuk mematikan projektor. Power On (Butang) Klik untuk menghidupkan projektor. Operasi ini disokong hanya apabila “Enable” dipilih untuk “Remote On”. Input Menyatakan sumber input. Color Mode Menyatakan mod warna. Blank Memilih “ON” untuk seting ini menyekat imej daripada sumber input buat sementara. “OFF” menyebabkan imej daripada sumber input ditayangkan. Aspect Ratio Menukar nisbah bidang imej yang ditayang. Brightness Masukkan nilai ke dalam kotak dan kemudian klik butang [Apply]. Ini akan menukar seting “Brightness” projektor sewajarnya. Contrast Masukkan nilai ke dalam kotak dan kemudian klik butang [Apply]. Ini akan menukar seting “Contrast” projektor sewajarnya. Light Control Mengkonfigurasikan seting “Kawalan Nyala” dan seting “Mod Mati Kawalan Cahaya”. Audio Volume Masukkan nilai ke dalam kotak dan kemudian klik butang [Apply]. Ini akan mengubah seting kelantangan mengikut kesesuaian. Mute Audio Menyatakan seting bisu. Audio dioutputkan semasa “OFF” dipilih untuk seting ini, dan dibisukan apabila “ON” dipilih. Audio Out Menyatakan sama ada output daripada pembesar suara projektor atau terminal output audio untuk audio. Speaker: Output audio daripada pembesar suara Line: Output audio daripada terminal AUDIO KELUAR Audio Input Menyatakan input audio bagi sumber input yang baharu dipilih oleh projektor. Projector ID Menyatakan ID projektor. Initialize (Butang) Klik untuk mengembalikan semua item Kawalan Tayangan Rangkaian, kecuali item “Projector Status”, ke lalai kilang asalnya. 28 Operasi Pemapar Fail Projektor Bahagian ini memberikan maklumat tentang operasi Pemapar Fail yang anda boleh lakukan dengan pelayar web. Memaparkan Halaman Kawalan Pemapar Untuk menggunakan pelayar web bagi melaksanakan operasi Pemapar Fail, paparkan halaman Kawalan Pemapar terlebih dahulu. Sila maklum bahawa halaman Kawalan Pemapar hanya boleh digunakan apabila terdapat sambungan LAN berwayar. Untuk memaparkan halaman Kawalan Pemapar melalui sambungan LAN berwayar 1. Lakukan langkah 1 hingga 4 di bawah “Untuk melog masuk ke halaman Pentadbir Projektor melalui sambungan LAN berwayar” (halaman 20). 2. Pada anak tetingkap kiri, klik “Viewer Control”. z Ini memaparkan halaman “Viewer Control” seperti yang ditunjukkan di bawah, dan memulakan tayangan skrin utama Pemapar Fail oleh projektor. Untuk maklumat mengenai operasi yang boleh anda lakukan pada masa ini, lihat “Operasi Halaman Kawalan Pemapar” (halaman 30). Semasa Pemapar Fail ditayangkan, butang-butang ini melakukan operasi yang sama seperti butang yang sepadan pada alat kawalan jauh yang dibekalkan bersama projektor. Untuk kembali ke halaman teratas “Projektor CASIO” dari halaman Kawalan Pemapar Di sudut atas kiri tetingkap pelayar web, klik “CASIO Projector”. 29 Operasi Halaman Kawalan Pemapar Untuk melakukan ini: Lakukan operasi ini: Mulakan tayangan Pemapar Fail Klik [Start Viewer]. Jalankan operasi alat kawalan jauh Pemapar Fail Klik butang yang diingini di bawah [Start Viewer]. Kekunci mempunyai fungsi yang sama dengan kekunci alat kawalan jauh projektor yang sepadan. Untuk butiran tentang operasi Pemapar Fail, lihat Panduan Pengguna berasingan. Keluar halaman Kawalan Pemapar dan kembali ke halaman teratas “CASIO Projector” Klik [EXIT]*1. *1 Pemapar Fail tidak akan dikeluarkan jika anda klik [EXIT] semasa ia menayangkan sesuatu. 30 Lampiran Menayang Melalui Sambungan LAN Wayarles dengan Pelbagai Peranti Berlainan Menggunakan Network Connection untuk Menayang daripada Mac OS Anda boleh menayangkan kandungan skrin komputer yang menggunakan Mac OS*1 yang disambungkan ke projektor melalui sambungan LAN wayarles. Syarat-syarat di bawah diperlukan untuk berbuat demikian. z Pada projektor, lakukan operasi yang diperlukan untuk menukar SSID projektor ke SSID generik (casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103, casiolpj0104) atau SSID pengguna. Untuk maklumat lanjut, lihat “Ubah SSID” (halaman 19). z Jalankan Network Connection*2 pada komputer Mac OS, dan kemudian log masuk ke projektor daripada Network Connection. *1 Ambil maklum bahawa fungsi mungkin dihadkan oleh Mac OS yang digunakan. Untuk maklumat terkini tentang persekitaran operasi, kunjungi laman web CASIO. *2 Anda boleh memuat turun Network Connection untuk Mac OS daripada tapak sokongan projektor CASIO yang terdapat di URL yang ditunjukkan di bawah. Laman sokongan projektor CASIO juga termasuk maklumat tentang persekitaran komputer yang diperlukan dan butiran operasi. http://world.casio.com/download/projector/ Menggunakan C-Assist untuk Menayang daripada Peranti Pintar Memasang C-Assist pada peranti pintar Android atau iOS membolehkan penayangan imej peranti pintar daripada projektor. C-Assist juga membolehkan penggunaan peranti pintar untuk mengawal komputer yang bersambung dengan projektor. Syarat-syarat berikut diperlukan untuk melakukan operasi ini. z Pada projektor, lakukan operasi yang diperlukan untuk menukar SSID projektor ke SSID generik (casiolpj0101, casiolpj0102, casiolpj0103, casiolpj0104) atau SSID pengguna. Untuk maklumat lanjut, lihat “Ubah SSID” (halaman 19). z Pada peranti pintar, mulakan C-Assist dan gunakan C-Assist untuk melog masuk ke projektor. 31 Penyelesaian Masalah Sambungan LAN wayarles antara Projektor dan Komputer Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Saya tidak dapat mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer. z Jika mana-mana utiliti LAN wayarles selain daripada Network Connection sedang berjalan di komputer, tutup utiliti tersebut. z Cuba dekatkan projektor dengan komputer. Pastikan juga tidak ada dinding atau halangan lain di antara projektor dan komputer. z Jika ketuhar gelombang mikro, peranti Bluetooth, atau peranti lain yang berhampiran mengganggu isyarat LAN wayarles, alihkan peranti yang mengganggu itu ke tempat lain. z Jika projektor dimatikan, hidupkannya semula. z Jika projektor tidak bersambung dengan penyesuai wayarles, sambungkannya (halaman 6). z Jika fungsi LAN wayarles dinyahdayakan, dayakannya. Sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer terputus-putus. z Jika mana-mana utiliti LAN wayarles selain daripada Network Connection sedang berjalan di komputer, tutup utiliti tersebut. z Cuba dekatkan projektor dengan komputer. Pastikan juga tidak ada dinding atau halangan lain di antara projektor dan komputer. z Jika ketuhar gelombang mikro, peranti Bluetooth, atau peranti lain yang berhampiran mengganggu isyarat LAN wayarles, alihkan peranti yang mengganggu itu ke tempat lain. Saya boleh mewujudkan sambungan LAN wayarles antara projektor dan komputer, tetapi kandungan skrin komputer tidak dapat ditayangkan. z Jika sesuatu selain daripada “Rangkaian” dipilih sebagai sumber input projektor, tekan kunci [INPUT] dan kemudian pilih “Rangkaian”. z Jika kandungan skrin komputer tidak dapat ditayangkan semasa “Rangkaian” dipilih sebagai sumber input, klik (Tayang 1 skrin) pada tetingkap Network Connection. z Jika imej tayangan telah dipegunkan atau dihentikan dengan menekan kunci [FREEZE] atau [BLANK] pada alat kawalan jauh projektor, tekan kunci alat kawalan jauh [ESC] untuk membatalkan operasi pegun/kosong. Pertukaran imej tayangan adalah lambat. z Pada tetingkap Network Connection, klik kemudian klik “Projection Setting”. Jika “High-resolution” dipilih, tukar seting kepada “High-speed”. z Pada komputer, keluar dari semua aplikasi yang anda tidak gunakan. z Pada komputer, nyahaktifkan Windows AeroTM. Sambungan LAN wayarles mengalami masalah apabila berbilang projektor digunakan pada masa yang sama. Periksa jika lebih daripada satu projektor diperuntukkan kepada nombor SSID yang sama. Setiap projektor seharusnya mempunyai SSID uniknya sendiri. Untuk maklumat tentang operasi yang diperlukan, lihat “Ubah SSID” (halaman 19). Halaman Pentadbir Projektor Masalah Punca dan Tindakan yang Diperlukan Halaman Pentadbir Projektor tidak muncul apabila saya cuba mengaksesnya daripada Network Connection. Pelayar yang anda gunakan mungkin dikonfigurasikan untuk menggunakan pelayan proksi. Oleh kerana konfigurasi pelayan proksi boleh menghalangnya dari mencapai halaman Pentadbir Projektor, anda perlu mengubah konfigurasi pelayar anda. Untuk maklumat tentang seting pelayar proksi, lihat dokumentasi bantuan dan pengguna lain untuk pelayar anda. Saya terlupa kata laluan log masuk yang saya tetapkan untuk halaman Pentadbir Projektor. Jalankan operasi di bawah “Mulakan tetapan rangkaian” (halaman 19) untuk mengembalikan seting rangkaian projektor kepada lalai asalnya. 32 MA1703-A
* Your assessment is very important for improving the work of artificial intelligence, which forms the content of this project
Related manuals
Download PDF
advertisement