Philips HD9150/91 Panduan pengguna

Add to My manuals
52 Pages

advertisement

Philips HD9150/91 Panduan pengguna | Manualzz
1
HD9150,HD9149
English 6
한국어 15
Bahasa Melayu 24
ภาษาไทย 34
简体中文 41
6
7
8
English
9
10
Possible cause
Solution
12
Problem
Possible cause
Steaming time
(min)
Asparagus
500g
15-20
200g
5-8
Chives, chilli, paprika
Green beans
500g
15-20
Broccoli
400g
20
Carrots
500g
20
400g
20
Rosemary, basil, tarragon
Celeriac (in cubes)
300g
15-20
Chicken leg
1pc
25
Black pepper, lemon, paprika
500g
30-40
500g
10
Dill, sage, rosemary
150g + 250ml
water
10-15
Cumin, coriander, cloves
Eggs
6pcs
12-15
-
Fruit
500g/4pcs
10-15
400g
20-25
Potatoes
400g
25-30
Prawns
200g
5
Puddings
4 bowls
20
Cinnamon, cloves, vanilla
Rice
150g + 300ml
water
35
Pandan, parsley, cumin
250g + 500ml
water
35
Pandan, parsley, cumin
Salmon
450g
12-15 min.
Dill, parsley, basil
White fish
450g
10-15
14
English
16
한국어
18
한국어
20
해결책
양
500g
15-20
200g
5-8
500g
15-20
브로콜리
400g
20
당근
500g
20
400g
20
15-20
22
한국어
요리 재료
양
닭다리
1 조각
25
옥수수자루
500g
30-40
500g
10
쿠스쿠스
10-15
계란
6조각
12-15
-
과일
500g/4조각
10-15
400g
20-25
감자
400g
25-30
참새우
200g
5
푸딩
4 그릇
20
쌀
35
35
연어
450g
12-15 분
흰 생선
450g
10-15
24
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Perihalan umum (Gamb. 1)
1 Panel kawalan
-- a Lampu ‘tangki air kosong’
-- b Penunjuk pemasa
-- c Lampu ‘Simpan panas’
-- d Tombol pelarasan pemasa dengan gelang lampu
-- e Butang mula/henti dan jeda
2 Tapak dengan tangki air
3 Dulang titis
4 Penyeduh aroma
5 Bakul pengukus kecil (1)
6 Bakul pengukus sederhana (2)
7 Bakul pengukus besar (3)
8Tudung 
9 Bolong stim
10 Gagang tudung
11 Bahagian bawah boleh tanggal
12 Muncung isian semula air
13 Kemudahan penyimpanan kord
Tidak ditunjukkan: mangkuk sup (jenis tertentu sahaja)
Nota: Bakul pengukus dinomborkan dari 1 hingga 3. Anda akan dapati nombor bakul pengukus pada
pemegangnya. Anda boleh menyusun sebarang bakul yang lebih besar di atas bakul yang lebih kecil,
tetapi, bakul suai terbaik jika anda menyusunnya dalam susunan menaik logik: bakul yang lebih kecil (1)
dahulu, kemudian, bakul sederhana (2) dan kemudian, bakul yang besar (3).
Nota untuk jenis tertentu sahaja: Mangkuk sup terbaik digunakan dengan kombinasi bakul besar (3).
Nota: Sentiasa gunakan dulang titis di bawah bakul pengukus dan hanya gunakan bakul pengukus yang
diisi dengan makanan.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
-- Jangan sekali-kali tenggelamkan tapak ke dalam air atau membilasnya di bawah paip.
Amaran
-- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
tempatan anda.
-- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket.
-- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan menggunakan pemasa luaran atau sistem
kawalan jauh yang berasingan.
-- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.
-- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
-- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
Bahasa Melayu 25
--------
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa
tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja di mana perkakas berada.
Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
Sentiasa bukakan kord sesalur dari gelendong di dalam tapak sebelum anda memasang plag
perkakas.
Jangan sekali-kali kukus daging, ayam itik atau makanan laut yang beku. Sentiasa nyahsejuk
bekukan bahan-bahan ini sebelum anda mengukusnya.
Jangan sekali-kali menggunakan pengukus makanan tanpa dulang titis, jika tidak, air panas boleh
terpercik keluar dari perkakas.
Hanya gunakan bakul pengukus dan mangkuk sup (jenis tertentu sahaja) dengan kombinasi tapak
asal.
Awas
-- Perkakas bertujuan untuk kegunaan seisi rumah yang biasa sahaja. Ia bukan bertujuan untuk
kegunaan dalam persekitaran seperti dapur kakitangan di kedai, pejabat, ladang atau persekitaran
kerja lain. Ia juga bukan bertujuan untuk digunakan oleh klien di hotel, motel, di atas katil dan
sewaktu sarapan pagi dan persekitaran kediaman lain.
-- Jika perkakas digunakan dengan cara yang tidak betul, atau untuk tujuan profesional atau separa
profesional, atau jika ia tidak digunakan mengikut arahan dalam panduan pengguna ini, jaminan
menjadi tidak sah dan Philips menolak sebarang liabiliti terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
-- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-- Jangan dedahkan tapak perkakas kepada suhu yang tinggi, gas panas, stim atau haba lembap
daripada sumber lain selain daripada pengukus itu sendiri. Jangan letakkan pengukus makanan di
atas atau dekat dengan dapur yang sedang digunakan atau yang masih panas atau pemasak.
-- Jangan letak perkakas yang beroperasi dekat atau di bawah objek yang boleh dirosakkan oleh
stim seperti dinding dan almari.
-- Jangan kendalikan perkakas dengan kehadiran wasap yang mudah meletup dan/atau mudah terbakar.
-- Letakkan pengukus makanan di atas permukaan yang stabil, mendatar dan rata serta pastikan
terdapat sekurang-kurangnya 10sm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada
pemanasan melampau.
-- Sentiasa letakkan bahagian bawah boleh tanggal ke dalam bakul pengukus dari atas. Untuk
meletakkan bahagian bawah dengan betul, pertama sekali, rendahkan satu bahagian ke dalam
bakul dan kemudian bahagian yang lagi satu, sehingga bahagian bawah berdetap di tempatnya
(‘klik’). Pastikanbahagian bonjol di bawah menghadap ke atas.  (Gamb. 2)
-- Berhati-hati terhadap stim panas yang keluar dari pengukus makanan sewaktu mengukus, dalam
mod simpan panas atau apabila anda mengalihkan tudung. Apabila anda memeriksa makanan,
sentiasa gunakan alat dapur dengan pemegang yang panjang.
-- Jangan jangkau di atas pengukus makanan semasa ia beroperasi.
-- Jangan sentuh permukaan panas perkakas. Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar semasa anda
mengendalikan bahagian panas pada perkakas.
-- Jangan alihkan pengukus makanan semasa ia beroperasi.
-- Sentiasa alihkan tudung dengan berhati-hati dan jauh dari anda. Biarkan pemeluwapan menitis
keluar dari tudung ke dalam pengukus makanan untuk mengelakkan kelecuran.
-- Sentiasa pegang mangkuk pengukus pada pemegangnya semasa makanan itu panas.
-- Jangan kosongkan tangki air melalui muncung isian semula air. Untuk mengosongkan tangki air,
sengetkan tapak ke belakang dan tuang air dari belakang tapak (Gamb. 3).
-- Sentiasa cabut plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk sebelum anda membersihkannya.
26
Bahasa Melayu
Pematian automatik
Perkakas dilengkapi dengan mati automatik. Perkakas dimatikan secara automatik jika anda tidak
menekan butang dalam masa 2 minit selepas mencabut plag di dalam perkakas. Perkakas juga
dimatikan secara automatik selepas masa pengukusan yang ditetapkan (termasuk masa simpan
panas) telah berlalu.
Perlindungan masak-kering
Pengukus makanan ini dilengkapi dengan perlindungan didih-kering. Perlindungan didih-kering secara
automatik mematikan elemen pemanasan apabila tiada air di dalam tangki air atau jika kehabisan air
sewaktu penggunaannya. Isikan tangki air dengan air sejuk sehingga penunjuk MAKSIMUM untuk
menggunakan perkakas lagi.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Sebelum penggunaan pertama
1Bersihkan secara menyeluruh bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda
menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat bab ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
2Lap bahagian dalam tangki air menggunakan kain lembap.
Bersedia untuk menggunakan
1Letakkan perkakas pada permukaan yang stabil, mendatar dan rata
2Sentiasa bukakan kord sesalur dari gelendong di dalam tapak sebelum anda memasang plag
perkakas.
3Isikan tangki air dengan air sehingga penunjuk MAKSIMUM (Gamb. 4).
,, Apabila tangki air telah diisi sehingga penunjuk MAKSIMUM, pengukus boleh
mengukus selama kira-kira 60 minit.
Jangan isikan tangki air melepasi tanda MAKSIMUM.
Hanya isikan tangki air dengan air. Jangan sekali-kali meletakkan perasa, minyak atau bahan lain
dalam tangki air.
4Letakkan dulang titis di atas tangki air dalam tapak (Gamb. 5).
Nota: Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa dulang titis dan jangan tuangkan air, perasa,
minyak atau bahan lain dalam dulang titis.
5 Letakkan Penyeduh Aroma pada dulang titis jika anda hendak menambah perasa kepada
makanan yang akan dikukus.  (Gamb. 6)
-- Isikan Penyeduh Aroma dengan herba segar atau kering.
-- Untuk cadangan herba dan rempah untuk pelbagai jenis makanan, lihat jadual mengukus
makanan dalam bab ‘Jadual makanan dan petua mengukus’.
6Letakkan makanan untuk dikukus dalam satu atau lebih bakul pengukusan. Jenis tertentu
sahaja: Anda juga boleh menggunakan mangkuk sup.  (Gamb. 7)
-- Sentiasa letakkan bahagian bawah boleh tanggal ke dalam bakul pengukus dari atas. Untuk
meletakkan bahagian bawah dengan betul, pertama sekali, rendahkan satu bahagian ke dalam
bakul dan kemudian bahagian yang lagi satu, sehingga bahagian bawah berdetap di tempatnya
(‘klik’). Pastikan bahagian bonjol di bawah menghadap ke atas (Gamb. 2).
-- Jangan letakkan terlalu banyak makanan dalam bakul pengukusan. Tinggalkan sedikit ruang di
antara makanan dan sebarkan makanan dengan rata di atas bahagian bawah bakul.
Bahasa Melayu 27
-- Letakkan cebisan makanan lebih besar dan makanan yang memerlukan masa mengukus yang
lebih lama dalam mangkuk pengukus paling bawah (1).
-- Letakkan telur pada pemegang telur untuk mengukus telur dengan mudah (Gamb. 8).
-- Anda boleh menggunakan mangkuk sup (jenis tertentu sahaja) untuk membuat sup atau puding,
untuk memasak nasi, untuk merenih ikan, untuk menyediakan sayur-sayuran dalam sos dan untuk
memasak makanan yang diperap. Anda juga boleh menggunakan mangkuk ringan yang muat di
dalam bakul pengukusan untuk menyediakan ramuan ini. Dalam kes ini, pastikan terdapat sedikit
ruang kosong di sekeliling mangkuk untuk membolehkan peredaran stim yang betul di dalam
pengukus.
-- Jenis tertentu sahaja: Mangkuk sup bertujuan untuk menyediakan sup, makanan cecair lain dan
ikan. Apabila anda ingin menggunakan mangkuk sup, letakkannya di dalam bakul pengukusan
besar (3) (Gamb. 9).
-- Jenis tertentu sahaja: Apabila anda mengeluarkan bahagian bawah boleh tanggal daripada bakul
pengukus besar (3) untuk membuat bakul lebih besar dengan bakul pengukus sederhana (2) di
bawahnya, anda masih boleh meletakkan mangkuk sup untuk menyediakan ikan, nasi atau sup di
atasnya (Gamb. 10).
-- Untuk mengukus makanan bersaiz besar (cth. seekor ayam, batang jagung), anda boleh
mengeluarkan bahagian bawah boleh tanggal daripada bakul pengukus sederhana (2) dan bakul
pengukus besar (3) untuk membuat satu bakul besar.
Nota: Kapasiti maksimum bakul pengukus adalah 1kg.
7Letakkan satu atau lebih bakul pengukus di atas dulang titis. Letakkan bakul dengan betul dan
pastikan ia tidak bergoyang (Gamb. 11).
-- Anda tidak perlu menggunakan semua 3 mangkuk pengukus.
-- Bakul pengukus dinomborkan dari 1 hingga 3. Anda akan nampak nombor bakul pengukus pada
pemegangnya. Anda boleh menyusun sebarang bakul lebih besar di atas bakul yang lebih kecil,
tetapi, bakul muat terbaik jika anda menyusunnya dalam susunan menaik logik: bakul paling kecil
(1) dahulu, kemudian, bakul sederhana (2) dan kemudian, bakul besar (3). Sentiasa gunakan
dulang titis di bawah bakul pengukus dan hanya gunakan bakul pengukus yang diisikan dengan
makanan (Gamb. 12).
-- Apabila anda mengeluarkan bahagian bawah boleh tanggal daripada bakul pengukus sederhana
(2) untuk membuat bakul lebih besar dengan bakul pengukus kecil (1) di bawahnya, anda masih
boleh meletakkan bakul pengukus besar (3) di atasnya.
8Letakkan tudung pada bakul mengukus atas  (Gamb. 13).
Nota: Jika tudung tidak atau tidak diletakkan dengan betul pada bakul pengukus, makanan tidak dapat
dikukus dengan betul.
Menggunakan perkakas
1Pasangkan plag di soket dinding.
,, Gelang lampu terus menyala dan masa mengukus lalai (20 minit) kelihatan pada panel
kawalan (Gamb. 14).
2Pusingkan tombol pelarasan pemasa ke kiri atau ke kanan untuk memilih masa mengukus yang
diperlukan (Gamb. 15).
3Tekan butang mula/henti untuk memulakan pengukusan (Gamb. 16).
,, Proses mengukus bermula. Gelang lampu menyala dengan perlahan dan pemasa mengira masa
mengukus yang ditetapkan (Gamb. 17).
Nota: Jika anda mengukus makanan dalam kuantiti yang besar, kacau makanan pada pertengahan
tempoh mengukus menggunakan alat dapur dengan pemegang yang panjang. Pastikan anda memakai
sarung tangan ketuhar.
28
Bahasa Melayu
,, Apabila masa mengukus berlalu, perkakas berbunyi bip 5 kali dan kemudian, secara automatik
bertukar kepada mod simpan panas (lihat bahagian ‘mod simpan panas’).  (Gamb. 18)
4Selepas digunakan, dengan berhati-hati cabut penutup.
Berhati-hati terhadap stim panas yang keluar daripada perkakas semasa anda mengalihkan tudung.
Nota: Untuk mengelakkan kelecuran, pakai sarung tahan ketuhar semasa anda mencabut penutup.
Cabut penutup dengan perlahan dan jauh dari anda. Biarkan pemeluwapan menitis keluar dari penutup
ke dalam bakul pengukus.
Nota: Gunakan alat dapur dengan pemegang panjang untuk mengeluarkan makanan daripada bakul
pengukus.
5 Apabila anda mengalihkan keluar bakul pengukus, biarkan pemeluwapan menitis keluar dari
bakul ke dalam bakul pengukus atau dulang titis.
6Cabut plag dari soket dinding dan biarkan pengukus sejuk sepenuhnya sebelum anda alih
keluar dulang titis.
7Kosongkan tangki air selepas setiap kali menggunakannya dengan menyengetkan tapak ke
belakang dan tuang air dari belakang dasar (Gamb. 3).
Berhati-hati semasa mengeluarkan dulang titis dan kosongkan tangki air, kerana air di dalam
keduanya mungkin masih panas, walaupun bahagian lain perkakas telah pun sejuk.
Nota: Jika air kehabisan semasa mengukus, lampu ‘tangki air kosong’ dan gelang lampu mula menyala
untuk menunjukkan anda perlu mengisi semula tangki air (Gamb. 19).
Nota: Jika anda ingin mengukus lebih banyak makanan dan memerlukan lebih banyak air, anda boleh
menambah kuantiti kecil air melalui muncung isian semula air untuk mengisi semula tangki air.
Nota: Secara automatik perkakas akan memasuki mod siap sedia jika ia tidak digunakan selama 2
minit.Tekan butang mula/henti untuk mengaktifkan panel kawalan lagi.
Mod Simpan panas
Selepas mengukus, pengukus secara automatik bertukar kepada mod simpan panas dan lampu
simpan panas terus menyala.
 Mod simpan panas menyimpan makanan panas selama 20 minit.
-- Jika anda ingin memastikan makanan panas lebih lama daripada 20 minit, putar tombol pelarasan
pemasa ke kiri atau ke kanan untuk melaraskan masa simpan panas.
-- Jika anda hendak nyahaktif mod simpan panas apabila ia aktif, tekan butang mula/henti.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
1Cabut plag dari soket dinding dan biarkan perkakas menyejuk.
2Bersihkan bahagian luar tapak dengan kain lembap.
Jangan sekali-kali tenggelamkan tapak dalam air atau membilasnya di bawah paip.
Jangan cuci tapak dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
3Cuci tangki air dengan kain yang direndam dalam air suam dengan sedikit cecair pencuci.
Kemudian, lap tangki air menggunakan kain lembap yang bersih.
4Cuci penutup dalam air suam dengan tangan menggunakan sedikit cecair pencuci.
Bahasa Melayu 29
5 Keluarkan bahagian bawah boleh tanggal dari bakul pengukus. Cuci bakul pengukus, bahagian
bawah boleh tanggal, Penyeduh Aroma, dulang titis dan mangkuk sup (jenis tertentu sahaja)
dengan tangan di dalam air suam dengan sedikit cecair pencuci. Anda juga boleh mencuci
bahagian ini di dalam mesin basuh pinggan mangkuk, menggunakan kitaran pendek dan suhu
rendah. 
Pembersihan berulang bakul pengukus dalam mesin basuh pinggan mangkuk boleh
menyebabkan bahagian ini menjadi sedikit pudar.
Menanggalkan kerak
Anda perlu membersihkan kerak pada perkakas apabila terdapat kerak dalam tangki air. Ia adalah
penting untuk anda sentiasa membersihkan kerak pada pengukus makanan bagi mengekalkan
prestasi optimum.
1Isikan tangki air dengan cuka putih (8% asid asetik) sehingga penunjuk MAKSIMUM.
Jangan gunakan sebarang jenis pembersih kerak lain.
2Letakkan dulang titis dan bakul pengukus kecil (1) di tapak dengan betul (Gamb. 20).
3Letakkan penutup di atas bakul pengukus kecil (Gamb. 21).
4Pasangkan plag di soket dinding.
5 Tekan butang mula/henti untuk membolehkan perkakas beroperasi selama 20
minit (Gamb. 16).
Jika cuka mula mendidih melebihi tepi tapak, cabut plag perkakas dan kurangkan jumlah cuka.
6Apabila perkakas berbunyi bip, cabut plag perkakas dan biarkan cuka sejuk sepenuhnya.
Kemudian, kosongkan tangki air.
7Bilas tangki air dengan air sejuk beberapa kali. 
Nota: Ulangi prosedur tersebut jika masih terdapat kerak di dalam tangki air.
Penyimpanan
1Pastikan semua bahagian bersih dan kering sebelum anda menyimpan perkakas (lihat bab
‘Pembersihan dan penyelenggaraan’).
2Untuk menyimpan kord utama, lilitkannya di keliling gelendong di dalam tapak (Gamb. 22).
3Letakkan dulang titis pada tapak (Gamb. 5).
4Pastikan bahagian bawah boleh tanggal diletakkan dalam bakul pengukus.
5 Letakkan bakul pengukus besar (3) pada dulang titis. Letakkan bakul pengukus sederhana (2)
di dalam bakul pengukus besar (3). Letakkan bakul pengukus kecil (1) di dalam bakul pengukus
sederhana (2) (Gamb. 23).
6Jenis tertentu sahaja: Letakkan mangkuk sup di dalam bakul pengukus kecil.
7Letakkan penutup mangkuk sup (jenis tertentu sahaja) atau pada bakul pengukus
kecil (Gamb. 24).
Jaminan dan perkhidmatan
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau jika anda menghadapi masalah, sila layari laman web Philips
di www.philips.com/support atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda
boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia. Jika Pusat Layanan Pelanggan
tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual Philips setempat anda.
30
Bahasa Melayu
Alam sekitar
-- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir hayatnya, sebaliknya
serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat demikian, anda
membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 25).
Mencarisilapan
Bab ini merumuskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dalam menggunakan perkakas
ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, lawati www.philips.com/
support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara
anda.
Masalah
Penyebab yang mungkin
Penyelesaian
Pengukus tidak
berfungsi.
Plag pengukus tidak dipasang.
Pasangkan plag di soket dinding.
Tiada air dalam tangki air.
Isi tangki air.
Anda belum menekan butang
mula/henti lagi.
Tekan butang mula/henti
Beberapa cebisan makanan
dalam pengukus lebih besar
dan/atau memerlukan masa
mengukus lebih lama daripada
yang lain.
Tetapkan masa pengukus lebih lama
dengan memutar tombol pelaras pemasa
ke kanan.
Tidak semua
makanan telah
masak.
Letakkan cebisan makanan yang lebih
besar dan makanan yang memerlukan
masa mengukus yang lebih lama di dalam
bakul pengukus kecil (1) dan mula
mengukus sebelum anda menambah bakul
lain.
Anda letak terlalu banyak
makanan dalam bakul
pengukus.
Jangan letak terlalu banyak makanan dalam
bakul pengukus. Potong makanan kepada
cebisan kecil dan letakkan cebisan paling
kecil di bahagian atas.
Tinggalkan sedikit ruang di antara cebisan
makanan dan sebarkan rata makanan di
bahagian bawah bakul.
Perkakas tidak
memanas dengan
betul.
Anda tidak membersihkan
Bersihkan kerak pada perkakas. Lihat bab
kerak perkakas dengan berkala. ‘Pembersihan dan penyelenggaraan’.
Air terpercik keluar
dari tangki air
semasa mengukus.
Anda telah mengisi terlalu
banyak air ke dalam tangki air
Keluarkan air berlebihan dari tangki air.
Pastikan air tidak melebihi penunjuk
MAKSIMUM.
Bahasa Melayu 31
Masalah
Penyebab yang mungkin
Penyelesaian
Lampu ‘tangki air
kosong’ terus
menyala walaupun,
terdapat air yang
cukup di dalam
tangki air.
Terlalu banyak kerak pada
elemen pemanasan.
Buang kerak pada tangki air. Lihat bahagian
‘Menanggalkan kerak’ dalam bab
‘Pembersihan dan penyelenggaraan’.
Penyeduh Aroma
mempunyai kesan
yang terhad atau
tiada kesan.
Anda tidak meletakkan herba
yang cukup dalam Penyeduh
Aroma.
Letakkan lebih banyak herba di dalam
Penyeduh Aroma.
Anda tidak meletakkan jenis
herba yang betul di dalam
Penyeduh Aroma.
Letakkan herba dengan aroma yang kuat
di dalam Penyeduh Aroma. Lihat jadual
mengukus makanan dalam bab ‘Jadual
makanan dan petua mengukus’.
Anda makan makanan itu
dalam masa yang agak lama
selepas anda menyediakannya.
Makan makanan sebaik sahaja selepas
anda menyediakannya.
Buih mungkin terbentuk
apabila protein terapung di
dalam air di dalam tangki air
atau apabila lebihan agen
pencuci tertinggal di dalam
tangki air.
Cuci tangki air. Lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan.
Terdapat buih pada
air di dalam tangki
air atau dalam
dulang titis.
Jadual makanan dan petua mengukus 
-- Untuk resipi, sila lihat buku kecil resipi atau lawati tapak web kami www.philips.com/kitchen.
-- Masa mengukus dinyatakan dalam jadual di bawah hanyalah satu penunjuk. Masa mengukus
mungkin berbeza bergantung pada saiz cebisan makanan, ruang di antara makanan dalam bakul
pengukus, jumlah makanan dalam bakul, kesegaran makanan dan cita rasa peribadi anda.
Jadual pengukusan makanan
Makanan untuk
dikukus
Jumlah
Masa mengukus
(min)
Herba/rempah yang dicadangkan
untuk Penyeduh Aroma
Asparagus
500g
15-20
Jagung kecil
200g
5-8
Kucai, cili, paprika
Kacang hijau
500g
15-20
Pasli, lemon, bawang putih
Brokoli
400g
20
Bawang putih, cili merah
dihancurkan, taragon
Lobak merah
500g
20
Pasli, mustard kering, kucai
Kubis bunga
400g
20
Rosemary, basil, taragon
Akar saderi (dalam
bentuk kiub)
300g
15-20
Jintan putih, lada putih, cili
Kaki ayam
1keping
25
Lada hitam, lemon, paprika
32
Bahasa Melayu
Makanan untuk
dikukus
Jumlah
Masa mengukus
(min)
Herba/rempah yang dicadangkan
untuk Penyeduh Aroma
Tongkol jagung
500g
30-40
Pasli, bawang putih, kucai
Courgette (dihiris)
500g
10
Dil, sej, rosemary
Kuskus
150g + 250ml air
10-15
Jintan putih, ketumbar, cengkih
Telur
6 keping
12-15
-
Buah-buahan
500g/4keping
10-15
Kulit kayu manis, lemon, cengkih
Kacang pea (beku)
400g
20-25
Rosemary, jintan putih, pasli
Kentang
400g
25-30
Pasli, kucai, bawang putih
Udang
200g
5
Serbuk kari, safron, lemon
Puding
4 mangkuk
20
Kulit kayu manis, cengkih, vanila
Beras
150g + 300ml air
35
Pandan, pasli, jintan putih
250g + 500ml air
35
Pandan, pasli, jintan putih
Salmon
450g
12-15 min.
Dil, pasli, basil
Ikan putih
450g
10-15
Mustard kering, rempah allspice,
marjoram
Petua untuk mengukus makanan
Penyeduh aroma
-- Daun rosemary, thyme, ketumbar, basil, dil, kari dan taragon adalah beberapa jenis herba dan
rempah yang anda boleh letakkan dalam Penyeduh Aroma. Anda boleh menggabungkannya
dengan bawang putih, jintan atau lobak kuda untuk menambah rasa tanpa menambah garam.
Kami menasihatkan anda untuk menggunakan 1/2 hingga 3 sudu herba atau rempah kering.
Gunakan lebih banyak jika anda menggunakan herba atau rempah segar.
-- Untuk mendapatkan petua lebih lanjut mengenai herba, rempah dan cecair untuk digunakan
dalam Penyeduh Aroma, lihat jadual pengukusan makanan di atas.
-- Meletakkan sedikit minyak pada makanan memperbaiki kesan Penyeduh Aroma dan juga
memberikan makanan rasa yang lebih lengkap.
-- Untuk hasil yang terbaik, potong herba ke dalam cebisan yang lebih halus dan isikan penyeduh
aroma dengan rata.
-- Untuk rasa yang terbaik, kami menasihatkan anda untuk makan makanan anda dengan segera
selepas menyediakannya.
-- Jangan tuang cecair dalam penyeduh aroma.
Sayur-sayuran dan buah-buahan
-- Buang batang tebal kubis bunga, brokoli dan kubis.
-- Kukus sayur-sayuran berdaun dan berwarna hijau dengan masa yang sesingkat mungkin kerana ia
mudah kehilangan warna.
-- Jangan nyahsejuk beku sayur-sayuran beku sebelum anda mengukusnya.
Daging, ayam itik, makanan laut dan telur
-- Cebisan daging yang lebih lembut dengan sedikit lemak paling sesuai untuk kukusan.
-- Cuci daging dengan betul dan pedapkan sehingga kering supaya jus yang menitis keluar sedikit
yang mungkin.
-- Sentiasa letakkan daging, ayam itik, ikan atau telur di bawah jenis makanan lain, untuk
mengelakkan jusnya menitis.
Bahasa Melayu 33
-- Cucuk telur sebelum anda meletakkannya dalam pengukus.
-- Jangan sekali-kali mengukus daging, ayam itik atau makanan laut yang beku. Sentiasa nyahsejuk
beku daging, ayam itik atau makanan laut sepenuhnya sebelum anda meletakkannya dalam
pengukus.
Pencuci mulut yang manis
-- Tambah sedikit kulit kayu manis kepada pencuci mulut untuk menambah kemanisan daripada
menambah lebih banyak gula.
Petua am
-- Jenis tertentu sahaja: Untuk menyediakan nasi, anda perlu menambah air dengan nasi dalam
mangkuk nasi. Untuk jumlahnya, lihat jadual pengukusan makanan di atas.
-- Apabila anda selesai memasak nasi, matikan perkakas, kacau nasi dan biarkan ia di dalam
mangkuk dan tutup dengan penutup di atasnya selama 5 minit. Ia memberikan dan menghasilkan
masakan lebih baik.
-- Anda boleh menggunakan mangkuk sup (jenis tertentu sahaja) untuk membuat sup atau puding,
untuk memasak nasi, untuk merenih ikan, untuk menyediakan sayur-sayuran dalam sos dan untuk
memasak makanan yang diperap. Anda juga boleh menggunakan mangkuk ringan yang muat di
dalam bakul pengukusan untuk menyediakan ramuan ini. Dalam kes ini, pastikan terdapat sedikit
ruang kosong di sekeliling mangkuk untuk membolehkan peredaran stim yang betul di dalam
pengukus.
-- Tinggalkan sedikit ruang di antara cebisan makanan dan sebarkan rata makanan di bahagian
bawah bakul.
-- Jika mangkuk pengukus terlalu penuh, kacau makanan pada pertengahan masa proses mengukus.
-- Jumlah makanan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih singkat berbanding jumlah
yang besar.
-- Jika anda menggunakan hanya satu mangkuk pengukus, makanan memerlukan masa mengukus
yang lebih singkat daripada apabila anda menggunakan 2 atau 3 mangkuk pengukus .
-- Jika anda menggunakan lebih daripada satu mangkuk pengukus, biarkan makanan dimasak 5-10
minit lebih lama.
-- Makanan sedia dengan lebih cepat di dalam bakul pengukus kecil (1) daripada di dalam bakul
mengukus di atas.
-- Pastikan makanan masak secukupnya sebelum anda makan. Ini adalah penting terutama sekali
untuk daging seperti khinzir, daging lembu dan ayam kisar.
-- Anda boleh menambah makanan atau bakul berisi makanan semasa proses mengukus. Jika
sesuatu bahan memerlukan masa mengukus lebih singkat, tambahkannya kemudian.
-- Makanan terus dikukus untuk seketika apabila pengukus beralih ke mod simpan panas. Jika
makanan telah betul-betul cukup masak, keluarkannya dari pengukus semasa proses mengukus
berakhir dan perkakas beralih ke mod simpan panas.
-- Jika makanan tidak cukup masak, tetapkan masa mengukus lebih lama. Anda mungkin perlu
menambah sedikit air lagi ke dalam tangki air.
-- Pengukus boleh digunakan untuk memanaskan sup siap sedia dalam mangkuk sup (jenis tertentu
sahaja) atau mangkuk ringan yang muat di dalam bakul pengukus. Memanaskan sehingga 250ml
sup mengambil masa kira-kira 10 minit.
34
--
--
--
--
6
5
7
---
--
--
--
--
--
--
----
--
--
--
--
--
--
----
---
--
--
--
--
--
,,
--
36
--
--
--
--
-----
--
--
,,
,,
--
--
38
หาร
กษา
--
500 กรัม
15-20
200 กรัม
5-8
500 กรัม
15-20
400 กรัม
20
แครอท
500 กรัม
20
400 กรัม
20
300 กรัม
15-20
1 ชิ้น
25
500 กรัม
30-40
500 กรัม
10
10-15
ไข
6 ฟอง
12-15
-
ผลไม
10-15
400 กรัม
20-25
400 กรัม
25-30
กง
200 กรัม
5
4 ถวย
20
ขาว
35
35
450 กรัม
12-15 นาที
450 กรัม
10-15
--
--
--
--
--
40
--
--
--
--
---
----
--
--
--
--
--
----
--
--
--
---
--
简体中文 41
42
简体中文
简体中文 43
44
简体中文
46
简体中文
可能的原因
解决方法
简体中文 47
份量
芦笋
500 克
15-20
玉米笋
200 克
5-8
青豆
500 克
15-20
椰菜
400 克
20
胡萝卜
500 克
20
花椰菜梗
400 克
20
300 克
15-20
鸡腿
1个
25
玉米芯
500 克
30-40
500 克
10
蒸粗麦粉
10-15
蛋类
6个
12-15
-
水果
500 克/4 个
10-15
400 克
20-25
土豆
400 克
25-30
虾
200 克
5
布丁
4碗
20
米饭
35
35
鲑鱼
450 克
12-15 分钟
白鱼
450 克
10-15
48
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
4222.005.0370.1

advertisement

Related manuals

advertisement

Languages

Only pages of the document in English were displayed