4.1.5 Profesional. Asus RT-AC1300UHP

Add to my manuals
118 Pages

advertisement

4.1.5 Profesional. Asus RT-AC1300UHP | Manualzz

4.1.5 Profesional

Skrin Profesional memberikan pilihan konfigurasi lanjutan.

NOTA: Kami mengesyorkan anda menggunakan nilai lalai pada halaman ini.

Dalam skrin Professional Settings (Tetapan Profesional) , anda boleh mengkonfigurasikan yang berikut:

• Frekuensi : Pilih jalur frekuensi yang tetapan profesional akan digunakan.

• Mendayakan Radio : Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan perangkaian wayarles. Pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan perangkaian wayarles.

• Tarikh untuk Mendayakan Radio (hari kerja) : Anda boleh menyatakan hari kerja yang mana perangkaian wayarles didayakan.

53

54

• Masa bagi Hari untuk Mendayakan Radio : Anda boleh menyatakan julat masa apabila perangkaian wayarles di dayakan semasa hari kerja.

• Tarikh untuk Mendayakan Radio (hujung minggu) :

Anda boleh menyatakan hari hujung minggu yang mana perangkaian wayarles didayakan.

• Masa bagi Hari untuk Mendayakan Radio : Anda boleh menyatakan julat masa apabila perangkaian wayarles di dayakan semasa hujung minggu.

• Tetapkan pengasingan AP : Item Tetapkan pengasingan Ap menghalang peranti wayarles pada rangkaian anda daripada berkomunikasi dengan antara satu sama lain. Ciri ini berguna jika ramai tetamu menyertai atau meninggalkan rangkaian annda secra kerap. Pilih Yes (Ya) untuk mendayakan ciri ini atau pilih No (Tidak) untuk menyahdayakan.

• Julat Berbilang (Mbps) : Pilih julat penghantaran multisiar atau klik Disable (Nyahdaya) untuk mematikan penghantaran tunggal secara serentak.

• Jenis Mukadimah : Jenis mukadimah mentakrifkan panjang masa yang penghala luangkan untuk CRC (Semakan

Lewahan Kitar). CRC adalah kaedah mengesan ralat semasa penghantaran data. Pilih Short (Pendek) untuk rangkaian wayarles sibuk dengan trafik rangkaian tinggi. Pilih Long

(Panjang) jika rangkaian wayarles anda terdiri daripada peranti wayarles lama atau legasi.

• Ambang RTS : Pilih nilai terendah untuk Ambang RTS

(Meminta untuk Dihantar) untuk memperbaiki komunikasi wayarles dalam rangkaian wayarles sibuk atau bising dengan trafik rangkaian tinggi dan pelbagai peranti wayarles.

• Jarak Waktu DTIM : Jarak Waktu DTIM (Mesej Menunjukkan

Lalu Lintas Penghantaran) atau Julat Data Isyarat adalah jarak masa sebelum isyarat dihantar ke peranti wayarles dalam mod tidur menunjukkan bahawa paket data menunggu penghantaran. Nilai lalai adalah tiga milisaat.

• Jarak Waktu Isyarat : Jarak Waktu Isyarat adalah masa antara satu DTIM dan seterusnya. Nilai lalai adalah 100 milisaat.

Rendahkan nilai Jarak Waktu Isyarat untuk sambungan wayarles tidak stabil atau untuk peranti perayauan.

advertisement

Was this manual useful for you? Yes No
Thank you for your participation!

* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project

Related manuals

Download PDF

advertisement

Table of contents