Menggunakan Pengurus Trafik. Asus RT-AC1300UHP
Advertisement
Advertisement
3.3 Menggunakan Pengurus Trafik
3.3.1 Mengurus Lebar Jalur QoS (Quality of Service)
(Kualiti Perkhidmatan)
Kualiti Perkhidmatan (QoS) membolehkan anda menetapkan keutamaan lebar jalur dan mengurus trafik rangkaian.
Untuk menyediakan keutamaan lebar jalur:
1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab General (Am) > Traffic
Manager (Pengurus Trafik) > tab QoS .
2. Klik ON (HIDUP) untuk mendayakan QoS. Isi medan lebar jalur muat naik dan muat turun.
NOTA: Dapatkan maklumat lebar jalur daripada ISP anda.
3. Klik Save (Simpan).
NOTA: Senarai Peraturan Penentuan Pengguna adalah untuk tetapan lanjutan. Jika anda ingin mengutamakan aplikasi rangkaian khusus dan perkhidmatan rangkaian, pilih User-defined QoS rules (Peraturan QoS takrifan pengguna) atau User-defined Priority (Keutamaan takrifan pengguna) daripada senarai juntai bawah di sudut atas kanan.
27
28
4. Pada halaman user-defined QoS rules (peraturan QoS takrifan pengguna) , terdapat empat jenis perkhidmatan dalam talian lalai – layar web, HTTPs dan pemindahan fail.
Pilih perkhidmatan yang anda ingini, isi Source IP or MAC
(IP atau MAC Sumber), Destination Port (Port Destinasi),
Protocol (Protokol), Transferred (Dipindahkan) dan P riority
(Keutamaan), kemudian klik Apply (Guna) . Maklumat akan dikonfigurasikan dalam skrin peraturan QoS.
NOTA:
• Untuk mengisi IP atau MAC sumber, anda boleh:
a) Masukkan alamat IP khusus, seperti "192.168.122.1"
b) Masukkan alamat IP dalam satu subnet atau dalam himpunan
IP yang sama seperti “192.168.123.*” atau “192.168.*.*”
c) Masukkan semua alamat IP seperti “*.*.*.*” atau biarkan medan kosong.
d) Format untuk alamat MAC ialah enam kumpulan bagi dua digit perenambelasan, diasingkan dengan tanda titik bertindih (:), dalam susunan penghantaran (cth. 12:34:56:aa:bc:ef) )
• Untuk julat port sumber atau destinasi, anda boleh:
a) Masukkan port khusus, seperti "95".
b) Masukkan port dalam julat, seperti “103:315”, “>100” atau
“<65535”.
• Lajur Transferred (Dipindahkan) mengandungi maklumat mengenai trafik huluan dan hiliran (trafik rangkaian keluar dan masuk) untuk satu bahagian. Dalam lajur ini, anda boleh menetapkan had trafik rangkaian (dalam KB) untuk perkhidmatan khusus bagi menjanakan keutamaan tertentu untuk perkhidmatan yang diuntukkan ke port tertentu. Sebagai contoh, jika dua klien rangkaian, PC 1 dan PC 2, kedua-dua mengakses Internet (ditetapkan di port 80), tetapi PC 1 melebihi had trafik rangkaian disebabkan oleh beberapa tugasan memuat turun, PC 1 akan mempunyai keutamaan lebih rendah. Jika anda tidak mahu menetapkan had trafik, biarkannya kosong.
5. Pada halaman User-defined Priority (Keutamaan takrifan pengguna) , anda boleh mengutamakan aplikasi rangkaian atau peranti kepada lima tahap daripada senarai juntai bawah user-defined QoS rules (peraturan QoS takrifan pengguna).
Berdasarkan tahap keutamaan, anda boleh menggunakan kaedah berikut dalam menghantar paket datas:
• Tukar susunan paket rangkaian huluan yang dihantar ke
Internet.
• Di bawah jadual Upload Bandwidth (Lebar Jalur Muat
Naik) , tetapkan Minimum Reserved Bandwidth (Lebar
Jalur Disimpan Minimum) dan Maximum Bandwidth
Limit (Had Lebar Jalur Maksimum) untuk berbilang aplikasi rangkaian dengan tahap keutamaan yang berbeza.
Peratusan menunjukkan julat lebar jalur muat naik yang tersedia untuk aplikasi rangkaian yang dinyatakan
NOTA:
• Bingkisan keutamaan rendah diabaikan untuk memastikan penghantaran bingkisan keutamaan tinggi.
• Di bawah jadual Download Bandwidth (Lebar Jalur Muat
Turun) , tetapkan Maximum Bandwidth Limit (Had Lebar Jalur
Maksimum) untuk berbilang aplikasi rangkaian dalam susunan yang sepadan. Paket huluan keutamaan lebih tinggi akan mengakibatkan paket hiliran keutamaan lebih tinggi.
• Jika tiada bingkisan dihantar daripada aplikasi keutamaan tinggi, kadar penghantaran penuh bagi sambungan Internet adalah tersedia untuk bingkisan keutamaan rendah.
6. Tetapkan bingkisan keutamaan tertinggi. Untuk memastikan pengalaman permainan dalam talian yang lancar, anda boleh menetapkan ACK, SYN dan ICMP sebagai bingkisan keutamaan tertinggi.
NOTA: Pastikan untuk mendayakan QoS dahulu dan menyediakan had julat muat naik dan muat turun.
29

Download
Advertisement