Penyelesaian Masalah Asas. Asus RT-AC1300UHP

Add to my manuals
118 Pages

advertisement

Penyelesaian Masalah Asas. Asus RT-AC1300UHP | Manualzz

6 Menyelesai Masalah

Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di: https://www.asus.com/support/ untuk maklumat produk lanjut dan butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.

6.1 Penyelesaian Masalah Asas

Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian lanjut.

Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.

1. Lancarkan Web GUI. Pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan

Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Firmware

Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar) . Klik Check (Periksa) untuk mengesahkan jika perisian tegar terkini tersedia.

2. Jika perisian tegar tersedia, lawati tapak web global ASUS di http://www.asus.com/Networks/Wireless_Routers/ untuk memuat turun perisian tegar terkini.

3. Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian

Tegar) , klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar.

4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar.

91

92

Mula semula rangkaian anda dalam urutan berikut:

1. Matikan modem.

2. Cabut keluar palam.

3. Matikan penghala dan komputer.

4. Palamkan modem.

5. Hidupkan modem dan tunggu selama 2 minit.

6. Hidupkan penghala dan tunggu selama 2 minit.

7. Hidupkan komputer.

Periksa jika kabel Ethernet dipalam dengan betul.

• Apabila kabel Ethernet menyambungkan penghala dengan modem dipalam dengan betul, LED WAN akan dihidupkan.

• Apabila kabel Ethernet menyambungkan komputer yang dihidupkan anda dengan penghala dipalam dengan betul, LED

LAN berkenaan akan dihidupkan.

Periksa jika tetapan wayarles pada komputer anda sepadan dengan komputer anda.

• Apabila anda menyambungkan komputer anda ke penghala secara wayarles, pastikan SSID (nama rangkaian wayarles), kaedah penyulitan, dan kata laluan adalah betul.

Periksa jika tetapan rangkaian anda betul.

• Setiap klien pada rangkaian perlu mempunyai alamat IP yang sah. ASUS mengesyorkan anda menggunakan pelayan DHCP penghala wayarles untuk menugaskan alamat IP ke komputer pada rangkaian anda.

• Beberapa modem kabel pembekal perkhidmatan memerlukan anda menggunakan alamat MAC komputer yang pada mulanya didaftarkan pada akaun. Anda boleh melihat alamat MAC dalam GUI web, halaman Network Map (Peta Rangkaian) >

Clients (Klien) , dan layangkan penunjuk tetikus di atas peranti anda dalam Client Status (Status Klien) .

93

advertisement

Was this manual useful for you? Yes No
Thank you for your participation!

* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project

Related manuals

Download PDF

advertisement

Table of contents