4.1 Wayarles. Asus RT-AC1300UHP

Add to my manuals
122 Pages

advertisement

4.1 Wayarles. Asus RT-AC1300UHP | Manualzz

4 Mengkonfigurasikan Tetapan

Lanjutan

4.1 Wayarles

4.1.1 Umum

Tab Am membolehkan anda mengkonfigurasikan tetapan wayarles asas.

46

Untuk mengkonfigurasi tetapan wayarles asas:

1. Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings

(Tetapan Lanjutan) > Wireless (Wayarles) > General (Am) .

2. Pilih 2.4GHz atau 5GHz sebagai jalur frekuensi untuk rangkaian wayarles anda.

3. Berikan nama unik yang mengandungi sehingga 32 aksara untuk

SSID (Pengecam Set Perkhidmatan) atau nama rangkaian untuk mengenal pasti rangkaian wayarles anda. Peranti Wi-Fi boleh mengenal pasti dan menyambung ke rangkaian wayarles melalui

SSID ditentukan anda. SSID pada panji maklumat dikemas kini apabila SSID baru disimpan pada tetapan.

NOTA : Anda boleh menugaskan SSID unik untuk jalur frekuensi 2.4GHz dan

5GHz.

4. Dalam medan Hide SSID (Sembunyi SSID) , pilih Yes (Ya) untuk mengelakkan peranti wayarles daripada mengesan SSID anda.

Apabila fungsi ini didayakan, anda perlu memasukkan SSID secara manual pada peranti wayarles untuk mengakses rangkaian wayarles.

5. Pilih mana-mana pilihan mod wayarles ini untuk menentukan jenis peranti wayarles yang boleh bersambung ke penghala wayarles anda:

• Auto : Pilih Auto untuk membenarkan peranti 802.11ac, 802.11n,

802.11g, dan 802.11b bersambung dengan penghala wayarles.

• Legasi : Pilih Legacy (Legasi) untuk membenarkan peranti

802.11b/g/n bersambung dengan penghala wayarles. Perkakas yang menyokong 802.11n secara asalanya, walau bagaimanapun, hanya akan berjalan pada kelajuan maksimum 54Mbps.

• N sahaja : Pilih N sahaja untuk memaksimumkan prestasi wayarles

N. Tetapan ini menghalang peranti 802.11g dan 802.11b daripada bersambung ke penghala wayarles.

6. Pilih saluran operasi untuk penghala wayarles anda. Pilih Auto untuk membolehkan penghala wayarles memilih saluran yang mempunyai jumlah yang paling kurang gangguan secara automatik.

7. Pilih lebar jalur saluran untuk menyesuaikan kelajuan penghantaran yang lebih tinggi.

40MHz: Pilih lebar jalur ini untuk memaksimumkan daya pemprosesan wayarles.

20MHz (lalai): Pilih lebar jalur ini jika anda menghadapi beberapa masalah dengan sambungan wayarles anda.

8. Pilih mana-mana kaedah pengesahan ini:

• Sistem Terbuka: Pilihan ini tidak menyediakan keselamatan.

• Kunci Dikongsi: Anda mesti menggunakan penyulitan WEP dan memasukkan sekurang-kurangnya satu kunci dikongsi

47

48

• WPA/WPA2 Peribadi/WPA Auto-Peribadi: Pilihan ini menyediakan keselamatan yang kukuh. Anda boleh menggunakan sama ada WPA (dengan TKIP) atau WPA2

(dengan AES). Jika anda memilih pilihan ini, anda mesti menggunakan penyulitan TKIP + AES dan memasukkan ungkapan laluan WPA (kunci rangkaian).

• WPA/WPA2 Perusahaan/WPA Auto-Perusahaan: Pilihan ini menyediakan keselamatan yang sangat kukuh. Ia adalah dengan pelayan EAP bersepadu atau pelayan pengesahan bahagian belakang RADIUS luaran.

• Radius dengan 802.1x

NOTA: Penghala wayarles anda menyokong kadar penghantaran maksimum 54Mbps apabila Wireless Mode (Mod Wayarles) ditetapkan ke A uto dan encryption method (kaedah penyulitan) ialah WEP atau TKIP.

9. Pilih mana-mana pilihan Penyulitan WEP (Privasi Setara

Berwayar) untuk data yang dihantar melalui rangkaian wayarles anda:

• Mati : Menyahdayakan penyulitan WEP

• 64-bit : Mendayakan penyulitan WEP lemah

• 128-bit : Mendayakan penyulitan WEP yang dipertingkat.

10. Apabila selesai, klik Apply (Guna).

advertisement

Was this manual useful for you? Yes No
Thank you for your participation!

* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project

Related manuals