Peranti USB. Sony MHC-V11


Add to my manuals
123 Pages

advertisement

Peranti USB. Sony MHC-V11 | Manualzz

16

MY

Peranti USB

Sebelum menggunakan peranti USB

Untuk peranti USB yang serasi, lihat

“Maklumat tentang peranti yang serasi” (halaman 32).

Apabila menggunakan peranti Apple dengan sistem ini, sambungkan melalui sambungan BLUETOOTH

(halaman 20). Penggunaan peranti

Apple melalui sambungan USB tidak disokong.

Untuk menggunakan sistem sebagai pengecas bateri

Anda boleh menggunakan sistem ini sebagai pengecas bateri untuk peranti

USB yang mempunyai fungsi cas semula.

Sambung peranti USB ke port (USB).

Pengecasan bermula apabila peranti

USB disambungkan kepada port

 (USB). Untuk butir-butir, rujuk kepada arahan operasi peranti USB.

Nota

• Apabila sambungan kabel USB diperlukan, gunakan kabel USB yang dibekalkan dengan peranti USB. Lihat arahan operasi yang dibekalkan bersama-sama peranti

USB untuk butir-butir tentang kaedah operasi.

• Masa untuk “SEARCH” muncul di paparan mungkin agak lama bergantung pada jenis peranti USB yang disambungkan.

• Jangan menyambungkan sistem dengan peranti USB melalui hab USB.

• Apabila peranti USB disambungkan, sistem membaca semua fail pada peranti

USB. Jika terdapat banyak folder atau fail pada peranti USB, masa yang lama mungkin diperlukan untuk membaca seluruh peranti USB.

• Bagi sesetengah peranti USB, mungkin terdapat lengah sebelum operasi dilaksanakan oleh sistem ini.

• Keserasian dengan semua perisian pengekodan/penulisan tidak boleh dijamin. Jika fail audio pada peranti

USB pada asalnya dikodkan dengan perisian yang tidak serasi, fail tersebut mungkin menghasilkan hingar atau audio terganggu, atau mungkin tidak boleh dimainkan sama sekali.

• Sistem ini tidak semestinya menyokong semua fungsi yang disediakan dalam peranti USB yang disambungkan.

• Jangan tanggalkan peranti USB semasa operasi pindah atau padam. Berbuat demikian boleh merosakkan data pada peranti USB atau merosakkan peranti USB itu sendiri.

Memindahkan muzik dari cakera

Anda boleh memindahkan muzik dari cakera (cakera CD-DA atau cakera

MP3) ke peranti USB seperti berikut:

Pindah CD SYNC: Memindahkan semua runut CD-DA dari cakera

CD-DA.

Pindah folder MP3: Memindahkan fail MP3 dalam folder tertentu dari cakera MP3.

Pindah REC1: Memindahkan runut yang sedang dimainkan atau fail

MP3 dari cakera.

1

Tekan FUNCTION berulang kali sehingga “CD” muncul di paparan.

2

Sambung peranti USB ke port

(USB).

3

Muatkan cakera yang hendak dipindahkan.

4

Persediaan untuk pindah.

Teruskan ke langkah 5 dalam hal pindah CD SYNC.

Untuk pindah folder MP3

Untuk memindahkan fail MP3 dalam folder tertentu, tekan  +/– berulang kali untuk memilih folder yang anda mahu. Kemudian mulakan main balik dan tekan

 satu kali.

Pastikan masa main berlalu telah berhenti di paparan.

MHC-V11.4-582-493-72(1)

Untuk Pindah REC1

Tekan

/ untuk memilih runut atau fail MP3 yang anda ingin pindahkan, kemudian mulakan main balik.

Untuk memindahkan fail MP3 dalam folder tertentu, tekan  +/– berulang kali untuk memilih folder yang anda mahu, kemudian tekan

/ untuk memilih fail

MP3 yang anda ingin pindahkan.

Kemudian mulakan main balik.

5

Tekan REC TO USB.

“READY” muncul pada paparan.

6

Tekan .

Pindahan bermula, kemudian

“USB REC” muncul di paparan.

Jangan tanggalkan peranti USB sehingga pindahan selesai.

Apabila pindahan selesai,

“COMPLETE” muncul di paparan dan fail audio dalam format MP3 akan dicipta.

Untuk menghentikan pemindahan

Tekan

.

Pindah REC1

Sumber

MP3

CD-DA

Nama folder

Nama fail

“MP3_REC1” Sama seperti sumber

“CD_REC1” “TRACK001”*

* Nombor folder dan fail diberikan secara bersiri selepas itu.

Nota

• Maklumat CD-TEXT tidak dipindahkan dalam fail MP3 yang dicipta. Sistem ini tidak menyokong piawaian CD-TEXT.

• Pindahan berhenti secara automatik jika:

— peranti USB kehabisan ruang semasa pindahan.

— bilangan fail audio dan folder pada peranti USB mencapai had bagi bilangan yang boleh dikenal pasti oleh sistem.

• Jika folder atau fail yang anda cuba pindahkan sudah wujud pada peranti USB dengan nama yang sama, nombor turutan ditambah selepas nama tanpa menulis ganti folder atau fail asal.

• Jangan menggunakan butang pada alat kawalan jauh atau unit semasa pindahan untuk mengelakkan pindahan daripada terhenti.

Nota tentang kandungan yang dilindungi hak cipta

Muzik yang dipindahkan adalah terhad kepada kegunaan peribadi sahaja.

Penggunaan muzik yang melebihi had ini memerlukan keizinan pemegang hak cipta.

Peraturan penjanaan folder dan fail

Apabila memindahkan ke peranti USB, folder “MUSIC” dicipta betul-betul di bawah “ROOT”. Folder dan fail dijana di dalam folder “MUSIC” ini mengikut kaedah pemindahan dan sumber seperti berikut:

Pindah CD SYNC

Sumber

CD-DA

Nama folder

Nama fail

“CDDA001”* “TRACK001”*

Pindah folder MP3

Sumber

MP3

Nama folder

Nama fail

Sama seperti sumber

17

MY

MHC-V11.4-582-493-72(1)

Memainkan fail

Format fail audio yang berikut disokong:

—MP3: sambungan fail “.mp3”

—WMA: sambungan fail “.wma”

1

Tekan FUNCTION berulang kali sehingga “USB” muncul di paparan.

2

Sambung peranti USB ke port

(USB).

3

Tekan

untuk memulakan

main balik.

4

Tekan VOL +/– untuk melaraskan kelantangan.

Pengendalian lain

Kepada

Menjeda main balik

Hentikan main balik

Pilih folder

Pilih fail

Cari titik dalam fail

Pilih Main

Ulang

Lakukan ini

Tekan

. Untuk menyambung semula main, tekan

.

Tekan

. Untuk menyambung semula main, tekan

1) .

Untuk membatalkan sambung semula main, tekan

 dua kali.

Tekan +/– berulang kali.

Tekan

/.

Tahan

/ semasa main balik, dan melepaskan butang pada titik yang dikehendaki.

Tekan REPEAT/FM

MODE berulang kali sehingga “REP ONE

2)

”,

“REP FLDR 3) ”, “REP

ALL

4)

” atau “REP OFF

5)

” muncul di paparan.

Kepada

Tukar mod main

Lakukan ini

Tekan PLAY MODE berulang kali semasa peranti USB dihentikan.

Anda boleh memilih main normal (“FLDR” untuk semua fail dalam folder pada peranti USB), main rawak (“SHUF” atau

“FLDRSHUF” untuk rawak folder), atau main atur cara

(“PROGRAM”).

1)

Semasa memainkan fail VBR MP3/WMA, sistem mungkin menyambung semula main balik dari titik yang berlainan.

2)

“REP ONE”: Mengulangi fail semasa.

3)

“REP FLDR”: Mengulangi folder semasa.

4) “REP ALL”: Mengulangi semua fail pada peranti USB.

5) “REP OFF”: Mematikan Main Ulang.

Nota

• Sistem ini tidak boleh memainkan fail audio pada peranti USB dalam hal yang berikut;

— apabila jumlah bilangan fail audio pada peranti USB melebihi 999.

— apabila bilangan folder pada peranti

USB melebihi 256 (termasuk folder

“ROOT” dan folder kosong).

Bilangan ini mungkin berbeza bergantung pada struktur fail dan folder. Jangan simpan fail atau folder jenis lain yang tidak perlu pada peranti USB yang mempunyai fail audio.

• Sistem boleh main balik sehingga kedalaman 8 folder sahaja.

• Fail dan folder dipaparkan dalam mengikut tertib penciptaannya pada peranti USB.

• Folder yang tidak mempunyai fail audio dilangkau.

• Sila ambil perhatian bahawa walaupun nama fail mempunyai sambungan fail yang betul, jika fail yang sebenar berbeza, sistem mungkin menghasilkan hingar atau mungkin pincang tugas.

18

MY

MHC-V11.4-582-493-72(1)

Untuk memadamkan fail dan folder audio dari peranti USB

1

Tekan FUNCTION berulang kali sehingga “USB” muncul di paparan.

2

Sambung peranti USB ke port

 (USB).

3

Tekan

/ atau +/– berulang kali untuk memilih fail audio atau folder yang anda mahu padamkan, kemudian mulakan main balik.

4

Tekan OPTIONS.

5

Tekan / berulang kali untuk memilih “ERASE”, kemudian tekan

.

6

Tekan / untuk memilih

“FOLDER” atau “FILE”, kemudian tekan .

“ERASE??” berkelip pada paparan.

7

Tekan .

Apabila pemadaman selesai,

“COMPLETE” muncul di paparan.

Mencipta atur cara anda sendiri

(Main Atur Cara)

1

Tekan FUNCTION berulang kali sehingga “USB” muncul di paparan.

2

Pilih mod main.

Tekan PLAY MODE berulang kali sehingga “PROGRAM” muncul di paparan semasa pemain dihentikan.

3

Pilih nombor fail yang dikehendaki.

Tekan

/ berulang kali sehingga nombor fail yang dikehendaki muncul di paparan.

Nombor fail yang dipilih

Semasa mengatur cara fail MP3/

WMA dalam folder tertentu, tekan +/– berulang kali untuk memilih folder yang dikehendaki, dan kemudian pilih fail yang dikehendaki.

4

Mengatur cara fail yang dipilih.

Tekan untuk memasukkan fail yang dipilih.

5

Ulangi langkah 3 hingga

4 untuk mengatur cara fail tambahan, sehingga sejumlah 64 fail.

6

Untuk memainkan atur cara fail anda, tekan

.

Atur cara dipadamkan apabila anda melaksanakan salah satu pengendalian yang berikut:

— menukar fungsi.

— mematikan sistem.

— mencabut palam kord kuasa AC.

Untuk memainkan atur cara yang sama sekali lagi, tekan

.

Untuk membatalkan Main Atur Cara

Tekan PLAY MODE.

Untuk menghapuskan langkah terakhir daripada senarai atur cara

Tekan CLEAR semasa main balik dihentikan.

19

MY

MHC-V11.4-582-493-72(1)

advertisement

Was this manual useful for you? Yes No
Thank you for your participation!

* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project

Related manuals

Download PDF

advertisement

Table of contents